Friday, December 21, 2012
Sampai bila?
Tapi sampai bila aku nak biarkan diri aku terus gagal?
Sampai bila?
Aku ada jawapannya dan yang pasti bukan selama-lamanya aku nak biarkan kegagalan mendampingi aku.
Aku gagal dan bukan bererti aku memilih untuk terus gagal.
Aku ada hak untuk memilih jalan seterusnya bukan?
Dan bila mana aku memilih jalan hidup aku.
Aku tahu, risiko untuk aku gagal lagi, tinggi. Aku tahu.
Tapi aku tetap perlu memilih, kerana ini hidup aku.
Hidup aku.
Aku tahu ramai yang peduli.
Aku tahu ramai yang ingin membantu.
Aku tahu semua orang ingin didengari.
Aku pun peduli dengan hidup aku.
Aku pun ingin membantu diri aku.
Aku juga ingin didengari.
Dengari aku, tolong?
Sampai bila aku harus terus mengikut arus?
Sampai bila aku harus terima aturan yang diatur?
Sampai bila aku harus menelan kata kata pahit itu?
Sampai bila?
Sampai bila lagi hidup ini ingin kau bentuk mengikut kata hati kau, ikut kemahuan kau?
Berikan aku apa yang kau patut beri.
Berikan perhatian dan kasih sayang.
Berikan doa dan bukan kata nista.
Itu lebih aku perlukan.
Terima kasih semua.
Doakan aku, sampai bila-bila :')
Tuesday, November 20, 2012
Drama.
I feel like writing in English. Sorry for the grammar mistake I'm gonna commit in this entry. Haha.
Pfffft. Malas. Baru satu perenggan aku rasa macam dah sejuta grammar mistake yang aku buat. Perasaan dia macam kau baru lepas bunuh orang okay! English macam tahi bila dah lama tak bercakap dan menulis atau at least membaca English materials. Seriously. Tunggulah nanti aku balik rumah aku start study grammar balik. Hikhik.
Nampak tak aku start entry aku dengan drama? Nampak? Haha. Yep. Aku rasa nak bercakap pasal drama sekarang. Drama yang tak berkesudahan.
Setiap hari, makcik makcik, akak akak, adik adik akan melangut depan TV at certain time untuk tengok drama kan? Filipina, Indonesia, Mexico bagai. Tak terkecuali drama-drama cliche pelakon Malaysia. What's hot now? Adam dan Hawa, adaptasi dari sebuah novel yang best. Nur Kasih, sampai siap buat movie. Drama yang aku setia tengok djaman muda mudi dulu, Roda-roda Kuala Lumpur dengan Gerak Khas. Siapa tak tengok nie dia tipu! Sumpah. Kahkahkah.
Kita melangut depan TV dan terasa sendiri dengan norma kehidupan masyarakat yang ditayangkan. Bertuahlah siapa yang rasa drama cuma drama. Tak pernah melalui sendiri drama kehidupan. Aku? Tak payah tanya. Nanti masa lapang aku nak tulis skrip kisah hidup aku dan buat drama. Dan kau akan nampak drama penulisan aku sama clichenya dengan drama sekarang. Cuma takde banglo besar, takde bomoh dan hantu lah kot :p
After all, life is a drama. Believe me.
Bahagia bercinta, ada orang ketiga, banglo mewah, kereta besar, bergaduh, bercerai, mak mertua tak suka, suami kaki judi, isteri mata duitan, hutang ah long, kena rasuk, jumpa bomoh, nasik kangkang, rempit, bohsia. Apa je yang takda dalam drama yang berlaku di dalam masyarakat?
Percaya lah. Kadang-kadang, drama drama nie yang menambah perasa dalam hidup kita. Kadang-kadang, kerana drama begini kita terpengaruh, anak anak terpengaruh, adik adik terpengaruh. Tak. Aku tak salahkan drama. Tapi kadang-kadang aku marah, kerana drama aku percaya ada hidup yang sempurna, sedangkan sebaliknya. Dan kerana drama aku percaya, kita cuma pelakon di pentas dunia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, November 7, 2012
Orang ketiga: Apa mahunya?
Oh yeah. Update guna hp lagi. Masih belum mampu menggunakan laptop dan internet yang sempurna. Takpelah. One fine dayyy. Haha.
Sebenarnya aku nak cakap pasal orang ketiga. Entah macam mana aku nak tafsirkan orang ketiga dalam konteks ini. Ada banyak perkara yang menyebabkan seseorang itu menjadi orang ketiga dalam hubungan orang lain. Sama ada dia tidak tahu lelaki/perempuan itu sudah berkahwin, memang tahu sejak mula, atau mungkin dia ada tujuan tertentu yang menyebabkan dia tetap nak menjadi orang ketiga.
Firstly, bagi yang tidak tahu langsung. Simple. Mungkin kau terlalu naif sehingga ditipu atau kau terlalu bodoh sebab percaya. Tapi sekarang nie manusia pelbagai rupa. Kesiaaan kena tipu tapi nak buat mana. Sebelum be in a relationship kau sepatutnya check dulu background or at least check status dia. Jangan percaya bulat bulat. Ini tanya, 'Awak ada gf/bf?' Jawabnya mestilah, 'Tak!' Memanglah tak, tak ada gf/bf tetapi ada isteri/suami nun haa. Nayaaa. Sekarang ada macam macam produk tauuu, boleh nampak muda walaupun umur dah ganyut. So tak mustahil ramai tertipu. #eh! Haha. Mungkin lepas tahu dia tertipu, dia mendapat pengajaran dan pelajaran dalam mencari pasangan. Dan mungkin dia sendiri akan beware dalam rumahtangga dia sendiri. Atau mungkin dia teruskan kerana sudah tertanam satu perasaan yang dia tak mampu nafikan. Kita tak tahu. Tetapi aku marah dekat orang yang dah berumahtangga tu, kenapa perlu memulakan sebuah perhubungan dengan penipuan?
Ehm ehmm. Yang ini macam mana nak cakap eh? Memang ada orang yang sedia maklum pasangan dia sudah ada suami/isteri tetapi tetap mahu teruskan hubungan. Atas alasan sayang dan cinta. Bukan nak bias, tetapi secara dasarnya bagi aku, tiada salah kalau seorang perempuan nak ke suami orang tetapi kalau seorang lelaki tergilakan isteri orang, itu salah. Lelaki boleh kahwin empat, perempuan mana boleh. Haha. Entah nak disalahkan siapa. Jujurnya, bagi aku sendiri, dan beberapa orang yang aku tanya, tak ada salahnya kecuali kalau dengan niat just for fun dan bukan nak berkahwin pun. Dan seeloknya, dipercepatkan pernikahan supaya tidak dipandang serong. Look at it in any way, aku tetap nampak perempuan yang ada hubungan dengan suami orang akan dipandang serong. Mulut orang. Entah apa kena dengan masyarakat kita kan? Mementingkan apa orang kata dan ignore dari segi hukum yang membolehkan sang lelaki beristeri lebih dari satu. Haha. Let them be. Tapi kalau berhubungan dengan isteri orang, itu sumpah aku tak setuju. Kalau betul suka sama suka, perempuan tu baik bercerai je dari menanggung dosa berterusan. Mintak cerai itself dah tak baik tetapi dari mendambakan lelaki lain selain suami, aku rasa baik cerai je. Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan dari benda benda macam nie.
And this! Menjadi orang ketiga, tanpa niat nak menghuru-harakan rumah tangga orang, cuma untuk kepuasan diri. Kepuasan dari segi apa? Seks dan harta benda mungkin? Jadi anak ikan kepada perempuan tua kaya gersang mahukan lelaki. Atau menjadi sugarglider kepada sugar daddy. Haha.
Okay. Aku banyak sangat tengok drama aku rasa nie. Tapi bila masa entah aku tengok drama?
Setiap orang tahu apa yang dia mahukan dalam hidup. Mungkin bukan niat dia untuk jadi orang ketiga, tetapi faktor emosi yang mendorong dia meneruskan apa yang tidak patut diteruskan. Mungkin dia nampak kebahagiaan dia di situ. Mungkin.
Norma kehidupan. Hati dan perasaan :')
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, November 2, 2012
Teman Pengganti.
How ya doing bebeh? Harap readers aku sihat lah semuanya. Sebab kalau tak sihat, baik kau pergi makan ubat dari baca blog aku nie. Bukannya ada faedah pun baca aku tulis merapu sini. Haha.
Sebenarnya aku bukan nak tulis lirik lagu teman pengganti nyanyian Black dengan Malique tu. Korang dah hafal pun lagu tu, tak ada gunanya aku letak lirik dia kat sini :p
Cenggini, masa aku layan lagu dari playlist handphone aku nie, tetiba terkeluar lagu nie. Lepas tu adik aku tanya aku, "Kakak, apa hang rasa kalau hang tau orang tu dah nak pergi (baca: meninggal) tinggalkan hang? Sedih ka tak sedih?" Lebih kurang macam tu lah soalan dia tadi. On the spot aku terfikir nak buat entry pasal nie :')
Kalau aku cakap tak sedih, macam tipu. Kalau aku cakap sedih, err, memang tak tipu lah. Of course sedih. Cuma memahami soalan adik aku tu, aku tahu konteks tak sedih yang dia maksudkan. Maybe 'kurang sedih' lebih sesuai digunakan. Kurang sedih sebab kita dah tahu dia akan pergi selamanya, dan kita habiskan sisa masa yang tinggal tu bersama-sama.
Knowing someone you love so much gonna leave you, leave this world is not something you can handle easily. Especially your emotion. Kan? Kalau aku, mahu menangis sampai banjir. Hakhakhak.
Recently, or to be exact, pagi semalam, seorang saudara aku pergi menemui pencipta dia. Setakat yang aku tahu, dia duduk dalam ICU for almost a month. Sebelum tu pun memang asyik keluar masuk hospital. Most of the time masa kat ICU dia memang tak sedarkan diri, tapi wife dia kuat sangat, dan yakin he'll be okay. Aku tahu, dia sendiri tahu dah tak ada harapan but she tried to stay positive. Seriously, dia nampak sangat kuat. Lepas tu mak cerita, masa kat rumah, anak-anak arwah semua tak menangis. So they kissed jenazah for about ten minutes. Ye lah. Mana boleh kena air mata kan? Tapi memang diorang tak menangis. Aku cakap, maybe they had cried enough masa ayah diorang sakit.
See. Knowing someone is going to leave you forever memang sangat sedih. Tapi, sampai satu peringkat bila orang tu pergi tinggalkan kau, kau mampu kawal kesedihan tu. Kau tak menangis meraung. That is good sebenarnya, bagi aku. Saat saat yang tinggal semasa hayatnya masih ada, kita gunakan to the max. Dan bila dia pergi, kita mampu lepaskan dengan redha.
Mungkin bukan semua orang kuat nak menghadapi pemergian yang tersayang. Suami, isteri, ibu, ayah, anak anak. Sesetengah orang tu, pakwe, makwe meninggal pun dah separuh nyawa menangis, apatah lagi kalau darah daging sendiri ataupun pasangan hidup kan?
Konklusinya, hargai yang tersayang sementara mereka masih ada di sisi. Haha. Aku syak mesti ramai dah boleh agak konklusi aku nie :))
P/s: Sedekahkan Al Fatihah buat arwah paksu Zamri yang meninggal semalam. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, October 24, 2012
Hargai.
Sekarang, di saat aku menulis blog nie aku berada di hospital. Tido sini, teman toknek aku. She was admitted last night. Dah berbulan jugak aku tak jumpa toknek rasanya. Padahal it takes only 30 minutes from home to kampung.
Why? Sebab aku dahulukan ego. Well. Its family problem thingy. Terasa dengan kata kata orang yang buat aku taknak jejak kaki ke kampung.
Honestly, aku terasa jugak kadang kadang dengan toknek nie. Biasalah, orang tua kan? Cakap lepas. Manusia pesen angin macam aku nie memang kerja nak terasa dan marah je lah. But deep inside, sayang aku dekat toknek is over everything. Walaupun aku selalu membebel sebab kena marah.
Aku bersyukur, aku ada peluang untuk jaga toknek di saat saat macam nie. Aku dengan Adam are the only cicit yang membesar dengan toknek and toknek Siti. Diorang madu yang tinggal serumah and love each other like siblings. Toknek Siti passed away in 1997. So, tinggal toknek sorang ja sekarang.
My other cousins, sedih bila toknek tak sihat. But they are not here to take care of her. Aku nie sampai dah tahap menyampah bagai kekadang. Melampau jugak tapi nak buat macam mana. Jaga orang sakit memang memerlukan kesabaran yang paling tinggi, plus orang sakit yang tua. Double the patience.
However, semoga toknek terus sihat. Dan semua orang terus bersabar untuk layan kerenah toknek. Amin.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, October 3, 2012
Dalam hati yang dalam.
Well, how are you doing? Aku harap readers blog nie berada dalam keadaan yang baik sentiasa :p
Alhamdulillah. Aku kembali menulis. Setelah beberapa purnama aku meninggalkan dan mengabaikan blog terchenta ini.
Apa yang ada dalam hati yang paling dalam?
Rasa cinta.
Oh c'on. Bila sebut rasa cinta mesti semua nak saspek pakwe kan? Nayy. Rasa cinta yang luas. Allah, Rasul-Nya, keluarga, kawan kawan, pakwe. Ehem. Haha.
Setiap kali aku tulis apa apa, aku akan put #besties sebelum #boyfriend. Automatik. Aku tak pernah berhenti call or contact whoever yang aku panggil besties. And rasa cinta aku buat besties tak pernah padam, tak pernah kurang. Just so you know.
Aku harap, aku pun merupakan besties kepada orang yang aku classify diorang as besties. Oh celaka pusing keling nya ayat aku. But I sure you understand what I'm trying to tell.
Untuk besties;
Dan aku sangka kan, bila kau adalah besties, kau tahu apa yang aku perlu, kau faham aku sepenuhnya. Bila aku perlukan besties aku di saat aku berada di bawah, saat aku tak mampu berfikir dengan betul, saat air mata aku tak mampu berhenti mengalir, saat orang lain mencerca kebodohan aku. Menjadi pendengar aku. Aku yakin kau tahu itu. Dan aku harap besties aku tahu ketawa aku sekadar sembunyi duka, aku harap besties aku boleh baca apa ada dalam jiwa di saat semua orang hanya dapat access aku punya ketawa. Aku harap besties aku tahu, mereka tak sama macam teman ketawa yang lain, mereka teman segala galanya.
Aku tahu. Besties aku pun harap aku menjadi besties yang terbaik untuk mereka. Instead of just talking about boys, about happiness, about fun things. Maaf, aku bukannya pandai bertanya, aku perlukan besties yang terbuka bercerita segalanya tanpa ditanya. Mungkin cara kita berbeza, mungkin itu sebabnya.
Sampai satu saat, aku fikir, aku tak layak ada kawan sebaik mereka. Aku terlalu pentingkan diri, tanpa peduli orang yang peduli. Mungkin pada pandangan semua aku cuma mengejar cinta palsu dan meninggalkan sahabat sejati. Aku tak mampu memilih kerana aku mahukan keduanya. Cinta palsu itu, dan sahabat sejati ini. Kenapa buat aku perlu memilih antara satu?
Semoga kau faham kenapa dan mengapa semua ini terjadi. Kawan sampai mati.
Maaf.
Hati aku milik aku. Dan aku masih mengikut kata akal bukan hati. Keputusan aku adalah keputusan aku tanpa pengaruh orang lain. Kau marah, keluarga aku marah, dia jugak marah. Cuma bezanya, marah kau dan mereka kepada dia seluruhnya. Tanpa cuba menegakkan benang yang basah, cuma aku tahu keadaan yang sebenarnya. Dan biarlah terus begitu.
Malam :')
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, September 28, 2012
Ya Allah,rindunya.
Okay the truth is aku rindu gila nak update blog. And sekarang aku kat cc yang keyboard dia macam durjana bila aku tekan satu cc pandang ke aku. Disaster apa laptop aku belum siap nie? Haish.
Aku nak sangat sangat update blog nie tapi nanti lah. Aku update guna handphone jek.
Aku rindu. Tu je aku nak kabor. #okbai
Monday, August 13, 2012
Tak larat tunggu.
Pernah dengar quote nie? "Penantian suatu penyiksaan"
Menipu lah siapa manusia yang kata tak pernah dengar. This is so common. Selalu digunakan. Sentiasa didengar. Dan pasti kita rasai :)
Well, honestly, sekarang aku memang tengah go through benda nie. Aku sedang menanti nanti, menunggu, waiting, etc. Apa yang aku tunggu? Hah. Aku tunggu bulan jatuh ke riba :')
Sayang, I don't know what's wrong. Seriously mungkin takda apa apa. Mungkin perasaan aku sendiri. Tapi aku kan suka layan perasaan sendiri, so what?! Suka hati aku lah kan? Haha.
Ini sebenarnya aku macam nak meluahkan perasaan. Sebab aku tak tahu macam mana nak cakap directly ke dia. Aah. Aku rindu tapi entah kenapa aku rasa macam jauh sangat. Dah habis cara lah aku nak bagitahu nie, sebab tu taip kat sini je. Malas nak direct direct tapi orang tak balas. Rasa nak terjun KB Mall tahu?
Iyelah. Kekadang dia nie bukan boleh pakai jugak. Ade je lah dalam kepala dia tu. Nak bagi aku ruang itu, ruang ini. Our level of maturity memang totally different. Jauh. So aku tak boleh nak agak kenapa it happen again this time.
Konklusinya, benda macam nie sungguh sungguh melatih diri aku untuk bersabar. Nak nak pulak bulan puasa nie kan. Semoga hati terus bertabah.
P/s: Aku adalah budak kecik yang perlukan orang yang aku sayang saat aku sedang down yang teramat. Especially at time like this, I feel alienated here and there. So long and goodbye. Semoga entry ini tak jadi isu dan tak dipolitikkan. Haha :D
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, June 8, 2012
Wednesday, June 6, 2012
Ini nak duit hantaran ke nak jual anak?
Sunday, June 3, 2012
Quick update III
Hari nie aku mula exam. First paper, Nihon-go. Dah la banyak missed kelas. Cuak, lembik lutut, lemah jantung, cirit birit, semua melanda. Doakan aku. Doakan kejayaan kita bersama :))
Another 4 days. And I can chill a bit.
Another 4 days. And I can sleep.
Another 4 days. And I will wait.
And for now, I'll just bear with it.
Apa ada dengan another 4 days? My 3rd paper then I'll have a week gap before my next paper. No. Belum berakhir. Tapi at least, another 4 days, aku tahu aku tak payah menyeberang laut sebab terlalu rindu.
Good luck to me. Good luck to everybody.
Wednesday, May 30, 2012
Insecurity: How to overcome? Part I.
Wednesday, May 23, 2012
Perasaan paling celaka bila bercinta: Insecurism.
Tak faham jugak motif gambar nie -.-" |
Saturday, May 19, 2012
10 hari mencipta rasa.
Wednesday, May 2, 2012
Percaya kata hati?
Believe in faith. Hope for love. Peace (^_~)V |
Friday, April 27, 2012
Sewel. Maha. Sewel.
Thursday, April 26, 2012
Terima kasih, kawan.
Gugur. |
Tuesday, April 24, 2012
Perkara 20: Perangai entah apa apa perempuan yang lelaki perlu faham #random
We are cute like babies ;p |
Friday, March 23, 2012
20 hari berlalu.
Saturday, March 3, 2012
Kenapa berebut hak orang? Grrrrrr.
In love lovey lovey da. |