Followers

Wednesday, October 3, 2012

Dalam hati yang dalam.

Assalamualaikum :)

Well, how are you doing? Aku harap readers blog nie berada dalam keadaan yang baik sentiasa :p

Alhamdulillah. Aku kembali menulis. Setelah beberapa purnama aku meninggalkan dan mengabaikan blog terchenta ini.

Apa yang ada dalam hati yang paling dalam?

Rasa cinta.

Oh c'on. Bila sebut rasa cinta mesti semua nak saspek pakwe kan? Nayy. Rasa cinta yang luas. Allah, Rasul-Nya, keluarga, kawan kawan, pakwe. Ehem. Haha.

Setiap kali aku tulis apa apa, aku akan put #besties sebelum #boyfriend. Automatik. Aku tak pernah berhenti call or contact whoever yang aku panggil besties. And rasa cinta aku buat besties tak pernah padam, tak pernah kurang. Just so you know.

Aku harap, aku pun merupakan besties kepada orang yang aku classify diorang as besties. Oh celaka pusing keling nya ayat aku. But I sure you understand what I'm trying to tell.

Untuk besties;

Dan aku sangka kan, bila kau adalah besties, kau tahu apa yang aku perlu, kau faham aku sepenuhnya. Bila aku perlukan besties aku di saat aku berada di bawah, saat aku tak mampu berfikir dengan betul, saat air mata aku tak mampu berhenti mengalir, saat orang lain mencerca kebodohan aku. Menjadi pendengar aku. Aku yakin kau tahu itu. Dan aku harap besties aku tahu ketawa aku sekadar sembunyi duka, aku harap besties aku boleh baca apa ada dalam jiwa di saat semua orang hanya dapat access aku punya ketawa. Aku harap besties aku tahu, mereka tak sama macam teman ketawa yang lain, mereka teman segala galanya.

Aku tahu. Besties aku pun harap aku menjadi besties yang terbaik untuk mereka. Instead of just talking about boys, about happiness, about fun things. Maaf, aku bukannya pandai bertanya, aku perlukan besties yang terbuka bercerita segalanya tanpa ditanya. Mungkin cara kita berbeza, mungkin itu sebabnya.

Sampai satu saat, aku fikir, aku tak layak ada kawan sebaik mereka. Aku terlalu pentingkan diri, tanpa peduli orang yang peduli. Mungkin pada pandangan semua aku cuma mengejar cinta palsu dan meninggalkan sahabat sejati. Aku tak mampu memilih kerana aku mahukan keduanya. Cinta palsu itu, dan sahabat sejati ini. Kenapa buat aku perlu memilih antara satu?

Semoga kau faham kenapa dan mengapa semua ini terjadi. Kawan sampai mati.

Maaf.

Hati aku milik aku. Dan aku masih mengikut kata akal bukan hati. Keputusan aku adalah keputusan aku tanpa pengaruh orang lain. Kau marah, keluarga aku marah, dia jugak marah. Cuma bezanya, marah kau dan mereka kepada dia seluruhnya. Tanpa cuba menegakkan benang yang basah, cuma aku tahu keadaan yang sebenarnya. Dan biarlah terus begitu.

Malam :')



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...