Followers

Showing posts with label hati sendiri2 tahu. Show all posts
Showing posts with label hati sendiri2 tahu. Show all posts

Sunday, March 31, 2013

Soup of the day.

Salam. Petang.

Cerita dia, aku tak tahu nak letak tajuk ape dekat tajuk. Aku pandang semangkuk mushroom soup kat sebelah aku yang selow bebenau aku nak habiskan nie. Memula aku nak letak mushroom soup, lepas tu nak taip mushroom soup of the day, tapi bunyi tak sedap langsung, jadilah tajuk sekarang nie.

Kenapa selowwww sangat nak habiskan soup yang selalu sepantas kilat ak licinkan nie? Jawapannya, sebab soup terlekat di tekak, taknak masuk. Perasaan nie selalu datang bila? Bila kau sebenarnya sedang berada dalam situasi paling awkward tak tahu nak cakap. Sekian.

Kenapa kau rasa awkward? Selain daripada awkward sebab kau sedang duduk makan dengan seseorang yang pertama kali kau bertemu, awkward jugak boleh terjadi bilamana kau berjumpa dengan seseorang yang pernah kau sayang, atau dia pernah sayang kau. Deep sangat tu. Deep yang makan deep sendiri tu. Rolling in a deep shit namanya nie.

Apa yang perlu dilakukan untuk menghilangkan rasa awkward ini?

Pertama, jangan tunjuk sangat kau punya awkward tu. Serious. Sebenarnya aku rasa bukan kau sorang je awkward, dia pun awkward jugak kot. Kecuali lah dia memang totally move on, boleh buat macam kau nie just another piece of shit dalam hidup dia, mungkinlah takde langsung awkward tu. Nampak tak game aku nak menyakitkan hati orang? Aku yakin most of us pernah rasa benda nie. HAHAHAGHAMJADAH!

Kedua. Kau buat cool walaupun kau tak cool. Buat cool nie pun ada banyak jugak cara. Satu, buat macam kau memang tak kenal dia. Dia pun akan buat macam tak kenal kau. Tapi nampak bodoh lah sebab aku yakin orang sekeliling tahu korang kenal each other. Sakit hati pun ye jugak. Aku tak berapa sokong cara nie. Atau, kau buat je macam biasa. Ini kau, hati kau tak sakit, hati dia pun tak sakit. Kau pun bukannya terus bercinta kan? Memula dulu pun kawan biasa kan? Just return to that phase. Iye. Aku faham. Takkan same. Die takkan berulang balik sampai korang bercinta semula, tapi at least takdelah kau atau dia hilang each other like forever. Berlakon pun takpe kalau belum boleh betul betul ikhlas. Okay?

Ketiganya. Bila kau rasa macam cannot go sangat. Pergi terjun bangunan je. Hek eleh sangatlah kau nie. Bukannya dunia berakhir pun. Jumpa dengan ex je kot. Apadahal? JAHAHAHAHAHAHANAM kan?!! Serious la nie. Takde pape lah. Kecuali kalau mulut masing masing kata move on tapi hati tak. Kan sayang? Opsy doody do :)

Semua orang akan melalui fasa yang sama. Semua orang. Kecuali dipisahkan oleh mati. Mintak dijauhkan. Iye, betul, mulut aku kata move on tapi hati aku? Jeng jeng jeng. Tak siapa yang tahu. HAHAHAHAHAKTUIH.

XOXO
Goodnight people :)




Friday, December 21, 2012

Sampai bila?

Gagal bukan satu pilihan. Mungkin aku yang memilih untuk gagal.
Tapi sampai bila aku nak biarkan diri aku terus gagal?
Sampai bila?

Aku ada jawapannya dan yang pasti bukan selama-lamanya aku nak biarkan kegagalan mendampingi aku.
Aku gagal dan bukan bererti aku memilih untuk terus gagal.
Aku ada hak untuk memilih jalan seterusnya bukan?

 Dan bila mana aku memilih jalan hidup aku.
Aku tahu, risiko untuk aku gagal lagi, tinggi. Aku tahu.
Tapi aku tetap perlu memilih, kerana ini hidup aku.

Hidup aku.

Aku tahu ramai yang peduli.
Aku tahu ramai yang ingin membantu.
Aku tahu semua orang ingin didengari.

Aku pun peduli dengan hidup aku.
Aku pun ingin membantu diri aku.
Aku juga ingin didengari.

Dengari aku, tolong?

Sampai bila aku harus terus mengikut arus?
Sampai bila aku harus terima aturan yang diatur?
Sampai bila aku harus menelan kata kata pahit itu?
Sampai bila?

Sampai bila lagi hidup ini ingin kau bentuk mengikut kata hati kau, ikut kemahuan kau?

Berikan aku apa yang kau patut beri.
Berikan perhatian dan kasih sayang.
Berikan doa dan bukan kata nista.
Itu lebih aku perlukan.

Terima kasih semua.
Doakan aku, sampai bila-bila :')

Thursday, August 25, 2011

Nekad dan tekad.

Aku bukan manusia jujur sepanjang masa. Jujur tu kadang kadang perlu kena dengan tempat, masa dan ketika. Jujur tu bila aku ikhlas menyatakan apa yang aku rasa dari lubuk hati yang paling dalam.

Kalau tiba tiba aku msg kau pukul 3 pagi, ayat macam shibai, itu perasaan paling jujur yang aku ada. Walaupun kau bangun dan baca msg aku dalam keadaan mamai dan tak mampu nak balas dengan ayat paling romantis, paling kurang, balas. *walaupun nanti aku akan bukak msg kau sambil pejam mata sebab takut nak baca*

Walaupun cuma dengan msg, kita sebenarnya boleh tahu sejujur mana pengucapan sayang, pengucapan rindu yang terlafaz. Betul tak? Mungkin sekarang cuma aku yang merasakan rindu, dan jangan benci diri sendiri bila kau mula rindu aku ;)

Hati jangan terlalu menafi perasaan sendiri.

Jadilah jujur dengan perasaan sendiri. Dengan hati. Walaupun sakit kenyataan untuk ditelan, sekurangnya kenyataan yang sakit itu adalah kenyataan paling true sekali. Kalau kau terus memanjakan diri dengan pembohongan yang indah, hujung dunia nanti kau menderita tak sudah :'(

Semoga kita semua mempunyai dan menghargai perasaan insan insan di dunia. Siapa pun dia. Semoga kita menghargai perasaan sendiri, menjadi jujur paling tidak dengan diri, mendapat kebahagiaan paling harmoni. InsyaAllah :)


Aku mahu jadi yang terindah :')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...