How ya doing bebeh? Harap readers aku sihat lah semuanya. Sebab kalau tak sihat, baik kau pergi makan ubat dari baca blog aku nie. Bukannya ada faedah pun baca aku tulis merapu sini. Haha.
Sebenarnya aku bukan nak tulis lirik lagu teman pengganti nyanyian Black dengan Malique tu. Korang dah hafal pun lagu tu, tak ada gunanya aku letak lirik dia kat sini :p
Cenggini, masa aku layan lagu dari playlist handphone aku nie, tetiba terkeluar lagu nie. Lepas tu adik aku tanya aku, "Kakak, apa hang rasa kalau hang tau orang tu dah nak pergi (baca: meninggal) tinggalkan hang? Sedih ka tak sedih?" Lebih kurang macam tu lah soalan dia tadi. On the spot aku terfikir nak buat entry pasal nie :')
Kalau aku cakap tak sedih, macam tipu. Kalau aku cakap sedih, err, memang tak tipu lah. Of course sedih. Cuma memahami soalan adik aku tu, aku tahu konteks tak sedih yang dia maksudkan. Maybe 'kurang sedih' lebih sesuai digunakan. Kurang sedih sebab kita dah tahu dia akan pergi selamanya, dan kita habiskan sisa masa yang tinggal tu bersama-sama.
Knowing someone you love so much gonna leave you, leave this world is not something you can handle easily. Especially your emotion. Kan? Kalau aku, mahu menangis sampai banjir. Hakhakhak.
Recently, or to be exact, pagi semalam, seorang saudara aku pergi menemui pencipta dia. Setakat yang aku tahu, dia duduk dalam ICU for almost a month. Sebelum tu pun memang asyik keluar masuk hospital. Most of the time masa kat ICU dia memang tak sedarkan diri, tapi wife dia kuat sangat, dan yakin he'll be okay. Aku tahu, dia sendiri tahu dah tak ada harapan but she tried to stay positive. Seriously, dia nampak sangat kuat. Lepas tu mak cerita, masa kat rumah, anak-anak arwah semua tak menangis. So they kissed jenazah for about ten minutes. Ye lah. Mana boleh kena air mata kan? Tapi memang diorang tak menangis. Aku cakap, maybe they had cried enough masa ayah diorang sakit.
See. Knowing someone is going to leave you forever memang sangat sedih. Tapi, sampai satu peringkat bila orang tu pergi tinggalkan kau, kau mampu kawal kesedihan tu. Kau tak menangis meraung. That is good sebenarnya, bagi aku. Saat saat yang tinggal semasa hayatnya masih ada, kita gunakan to the max. Dan bila dia pergi, kita mampu lepaskan dengan redha.
Mungkin bukan semua orang kuat nak menghadapi pemergian yang tersayang. Suami, isteri, ibu, ayah, anak anak. Sesetengah orang tu, pakwe, makwe meninggal pun dah separuh nyawa menangis, apatah lagi kalau darah daging sendiri ataupun pasangan hidup kan?
Konklusinya, hargai yang tersayang sementara mereka masih ada di sisi. Haha. Aku syak mesti ramai dah boleh agak konklusi aku nie :))
P/s: Sedekahkan Al Fatihah buat arwah paksu Zamri yang meninggal semalam. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment