Followers

Tuesday, November 20, 2012

Drama.

Assalamualaikum and good evening lovelies!

I feel like writing in English. Sorry for the grammar mistake I'm gonna commit in this entry. Haha.

Pfffft. Malas. Baru satu perenggan aku rasa macam dah sejuta grammar mistake yang aku buat. Perasaan dia macam kau baru lepas bunuh orang okay! English macam tahi bila dah lama tak bercakap dan menulis atau at least membaca English materials. Seriously. Tunggulah nanti aku balik rumah aku start study grammar balik. Hikhik.

Nampak tak aku start entry aku dengan drama? Nampak? Haha. Yep. Aku rasa nak bercakap pasal drama sekarang. Drama yang tak berkesudahan.

Setiap hari, makcik makcik, akak akak, adik adik akan melangut depan TV at certain time untuk tengok drama kan? Filipina, Indonesia, Mexico bagai. Tak terkecuali drama-drama cliche pelakon Malaysia. What's hot now? Adam dan Hawa, adaptasi dari sebuah novel yang best. Nur Kasih, sampai siap buat movie. Drama yang aku setia tengok djaman muda mudi dulu, Roda-roda Kuala Lumpur dengan Gerak Khas. Siapa tak tengok nie dia tipu! Sumpah. Kahkahkah.

Kita melangut depan TV dan terasa sendiri dengan norma kehidupan masyarakat yang ditayangkan. Bertuahlah siapa yang rasa drama cuma drama. Tak pernah melalui sendiri drama kehidupan. Aku? Tak payah tanya. Nanti masa lapang aku nak tulis skrip kisah hidup aku dan buat drama. Dan kau akan nampak drama penulisan aku sama clichenya dengan drama sekarang. Cuma takde banglo besar, takde bomoh dan hantu lah kot :p

After all, life is a drama. Believe me.

Bahagia bercinta, ada orang ketiga, banglo mewah, kereta besar, bergaduh, bercerai, mak mertua tak suka, suami kaki judi, isteri mata duitan, hutang ah long, kena rasuk, jumpa bomoh, nasik kangkang, rempit, bohsia. Apa je yang takda dalam drama yang berlaku di dalam masyarakat?

Percaya lah. Kadang-kadang, drama drama nie yang menambah perasa dalam hidup kita. Kadang-kadang, kerana drama begini kita terpengaruh, anak anak terpengaruh, adik adik terpengaruh. Tak. Aku tak salahkan drama. Tapi kadang-kadang aku marah, kerana drama aku percaya ada hidup yang sempurna, sedangkan sebaliknya. Dan kerana drama aku percaya, kita cuma pelakon di pentas dunia.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...