Followers

Wednesday, November 7, 2012

Orang ketiga: Apa mahunya?

Assalamualaikum :)

Oh yeah. Update guna hp lagi. Masih belum mampu menggunakan laptop dan internet yang sempurna. Takpelah. One fine dayyy. Haha.

Sebenarnya aku nak cakap pasal orang ketiga. Entah macam mana aku nak tafsirkan orang ketiga dalam konteks ini. Ada banyak perkara yang menyebabkan seseorang itu menjadi orang ketiga dalam hubungan orang lain. Sama ada dia tidak tahu lelaki/perempuan itu sudah berkahwin, memang tahu sejak mula, atau mungkin dia ada tujuan tertentu yang menyebabkan dia tetap nak menjadi orang ketiga.

Firstly, bagi yang tidak tahu langsung. Simple. Mungkin kau terlalu naif sehingga ditipu atau kau terlalu bodoh sebab percaya. Tapi sekarang nie manusia pelbagai rupa. Kesiaaan kena tipu tapi nak buat mana. Sebelum be in a relationship kau sepatutnya check dulu background or at least check status dia. Jangan percaya bulat bulat. Ini tanya, 'Awak ada gf/bf?' Jawabnya mestilah, 'Tak!' Memanglah tak, tak ada gf/bf tetapi ada isteri/suami nun haa. Nayaaa. Sekarang ada macam macam produk tauuu, boleh nampak muda walaupun umur dah ganyut. So tak mustahil ramai tertipu. #eh! Haha. Mungkin lepas tahu dia tertipu, dia mendapat pengajaran dan pelajaran dalam mencari pasangan. Dan mungkin dia sendiri akan beware dalam rumahtangga dia sendiri. Atau mungkin dia teruskan kerana sudah tertanam satu perasaan yang dia tak mampu nafikan. Kita tak tahu. Tetapi aku marah dekat orang yang dah berumahtangga tu, kenapa perlu memulakan sebuah perhubungan dengan penipuan?

Ehm ehmm. Yang ini macam mana nak cakap eh? Memang ada orang yang sedia maklum pasangan dia sudah ada suami/isteri tetapi tetap mahu teruskan hubungan. Atas alasan sayang dan cinta. Bukan nak bias, tetapi secara dasarnya bagi aku, tiada salah kalau seorang perempuan nak ke suami orang tetapi kalau seorang lelaki tergilakan isteri orang, itu salah. Lelaki boleh kahwin empat, perempuan mana boleh. Haha. Entah nak disalahkan siapa. Jujurnya, bagi aku sendiri, dan beberapa orang yang aku tanya, tak ada salahnya kecuali kalau dengan niat just for fun dan bukan nak berkahwin pun. Dan seeloknya, dipercepatkan pernikahan supaya tidak dipandang serong. Look at it in any way, aku tetap nampak perempuan yang ada hubungan dengan suami orang akan dipandang serong. Mulut orang. Entah apa kena dengan masyarakat kita kan? Mementingkan apa orang kata dan ignore dari segi hukum yang membolehkan sang lelaki beristeri lebih dari satu. Haha. Let them be. Tapi kalau berhubungan dengan isteri orang, itu sumpah aku tak setuju. Kalau betul suka sama suka, perempuan tu baik bercerai je dari menanggung dosa berterusan. Mintak cerai itself dah tak baik tetapi dari mendambakan lelaki lain selain suami, aku rasa baik cerai je. Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan dari benda benda macam nie.

And this! Menjadi orang ketiga, tanpa niat nak menghuru-harakan rumah tangga orang, cuma untuk kepuasan diri. Kepuasan dari segi apa? Seks dan harta benda mungkin? Jadi anak ikan kepada perempuan tua kaya gersang mahukan lelaki. Atau menjadi sugarglider kepada sugar daddy. Haha.

Okay. Aku banyak sangat tengok drama aku rasa nie. Tapi bila masa entah aku tengok drama?

Setiap orang tahu apa yang dia mahukan dalam hidup. Mungkin bukan niat dia untuk jadi orang ketiga, tetapi faktor emosi yang mendorong dia meneruskan apa yang tidak patut diteruskan. Mungkin dia nampak kebahagiaan dia di situ. Mungkin.

Norma kehidupan. Hati dan perasaan :')


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...