Selamat petang yalls.
Di kesempatan yang ada, aku nak menulis sikit pasal hak. Sambungan kepada entry yang sebelum nie. Kalau sebelum nie aku just cakap pasal intra-relationship. This time aku nak cakap pasal inter-relationship. Aku tak tau betul or not penggunaan terms aku tu, tapi seingat aku baru ja belajar dalam kelas nego hari rabu aritu, so, betullah tu kot. Hahaha.
Hak orang.
Dua patah perkataan, empat suku kata. Ringkas tapi aku yakin cukup mudah difahami. Betul tak?
In love lovey lovey da. |
Hak orang nie meluas. Sense of belonging. Dia beli kereta itu, geran kereta adalah atas nama dia, *walaupun orang lain yang bayar* jadi that car adalah hak dia. Mak kau yang lahirkan kau, automatik, kau adalah hak mak kau. Kalau tetiba ada orang datang dan claim, kau anak dia, kau pasti akan persoalkan, apa hak dia untuk claim kau hak dia sedangkan dah memang confirm mak kau usung kau 9bulan 10hari dalam perut dia. Right?
But now, aku nak cakap pasal boyfriend, girlfriend, fiance, husband and wife. Clear?
Kadang kadang benda yang kita cakap boleh setepek kena kat muka sendiri, inilah dugaan bila jadi blogger. Gittew. Bhahahahahaha.
First of all, mestilah aku nak cakap pasal bf/gf thingy. Some people suka guna ayat nie, "Baru bf/gf orang der, belum kahwin lagi, apa masalah?" Kan? Pada pendapat aku, yes, memanglah baru gf/bf orang tapi kan, diorang ada declaration yang membuatkan diorang belong to each other secara emotionally. Dan pada aku, walaupun tiada satu ikatan yang betul betul menjamin hubungan diorang, he/she is still someone's sweetheart, someone's lover. Pergilah kacau orang lain, kasik chancelah diorang nak bercinta. Aite? Hahaha.
Kendian, pasal tunang orang. Ini dah sah sah ada dalam silibus agama aku belajar masa tingkatan 5 dulu. Fasa pertunangan ini adalah fasa di mana satu satu pasangan itu berkenalan, menyesuaikan diri, menyerasikan diri kerana diorang nie setapak hampir untuk menyiapkan sebuah masjid. Kira bertunang nie, macam plan yang dah disiapkan arkitek lah sebelum masjid didirikan. Aku belajar dulu, bila dah jadi tunang orang nie, kau tak boleh suka suka nak mengorat orang lain dan kau pun tak boleh dingorat. Gitulah. Setahu yang aku belajar, hukumnya jadi dosa mengganggu tunangan orang nie. Serious serious. Seingat akulah. Kalau tak pasti, boleh tanya kepada yang lebih berilmu. Aku nie cikai cikai jek, tapi adalah jugak ilmu tu sikit sikit.
Last but not least, ini memang tak ada ayat boleh cakap dah. Memang dah sah sah yang ini kau tak boleh nak kacau. Sepatutnya. Ehem. Sebagai lelaki, kau confirm tak boleh mengorat bini orang, tapi perempuan boleh mengorat suami orang. Eh? Mengamuk sekampung tahu aku punya pendapat. Bukanlah mengorat yang macam ajak pergi kelab malam mak nenek tu, maksud aku, kalau bini dia benarkan, tanpa perlu kau nak tarik tarik rambut segala, apa salahnya. Asalkan dengan niat bukan jadi gf lah tapi, jadi bini. Niat kau bukan untuk menghancurkan rumahtangga diorang, sekadar berkongsi sebab kau rasa dia adalah lelaki yang terbaik buat kau. Daripada kau buat benda tak elok, tak senonoh, baik kawen. Kan molek tu?
Tapi kalau dah hati tu tertawan sangat dekat hak milik orang, diam diam sudahlah. Tak payah kecoh sampai bergaduh, bertumbuk, bertikam. Ehem. Pandai pandailah nak hidup kan?
Marilah menuju kejayaan. Kihkihkih. Lapar, jum makan :)
What happens in heart, stays in heart.
No comments:
Post a Comment