Followers

Showing posts with label mahu tapi malu.. Show all posts
Showing posts with label mahu tapi malu.. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

Perasaan paling celaka bila bercinta: Insecurism.

Assalamualaikum..kum..kum..kum..

Hihihihik. Belum apa apa dah gedik. Pang kang! Dah lega demam ye Hamham? Eh salah, nama baru, Cik Elle. Awwwawaw. *PANG DUSH DUSH*

Sebenarnya, aku ada masalah jiwa dua tiga hari lepas, so aku private blog aku kejap. Ini pun malas nak menulis sebenarnya, sebab takut emo, tapi apakan daya, selaku bakal penulis novel tersohor suatu hari nanti, nafsu nak menulis tu tak dapat dibendung. Tapi jangan risau, aku takkan emo. Aku kan selebriti, kena terima hakikat hidup sentiasa diperhati. Kahkahkah.

*pause sejenak*

Kenapa tajuk aku gitu? Entah lah. Sebab aku ada terbaca komen orang pasal kawan lelaki dia terhegeh hegeh ke girlfriend kot. Cenggitu lah lebih kurang. So, aku pun terfikir nak buat entry nie.

Apa makna insecure? Insecure nie adalah satu perasaan tak selamat, rasa rendah diri, rasa diri sendiri tak dilindungi. Gitulah lebih kurang. Kan?

Insecurism? Entah. Aku reka sendiri je perkataan tu. Sedap kan bunyi dia? Hihihik.

Kenapa insecure?

Satu reason paling mudah dan senang access ke otak adalah, sebab partner kau tu kacak, cantik, kaya, berkerjaya atau senang cerita perfect nak mampos. Betul. Tak ada manusia perfect, tapi itulah. Kalau pakwe kau Shaheizy Sam, tak ke kau meroyan tengok dia berpeluk dengan Intan Ladyana? Woi. Aku boleh menangis tujuh hari tujuh malam tahu. Fator utama adalah, kau sebenarnya rasa rendah diri dan tak berapa nak layak jadi partner dia, tapi kau nak jugak -.-"

Insecure bila kau tahu, partner kau nie ramai kawan sejantina dengan kau *ini bukan kes LGBT*. Tengah jejalan, ada je yang nak tegur, classmates lah, clubmates lah, roommates lah. Eh! Kuikuikui. Yang jenis cool, tak kisah, okaylah. Tapi yang rasa insecure nie kenapa? Sebab kau rasa tak selamat. Kan? Kau rasa macam, ramainya perempuan/lelaki sekeliling dia nie. Kau akan rasa, betul ke diorang nie kawan je? Tetambah bila kau tahu partner kau mesra alam. Apatah lagi yang menegur menjeling partner kau macam nak terkam. Phew. *lap lap peluh di dahi*

Ada beribu lagi alasan kenapa kau rasa insecure. Kau sendiri tahu.

Ciri ciri orang insecure.

Tak faham jugak motif gambar nie -.-"
Kau akan check his/her handphone. BBM chat, inbox, call log, segala. Sentiasa. Pantang jumpa. Ini kalau kau geleng 180 darjah, aku tambahkan lagi 180 darjah, biar teleng. Ada yang jenis stalk satu satu kawan kat FB, siapa yang komen tu semua akan jadi mangsa untuk kau stalk. Paling tak best, contact dalam telefon kau semua tinggal manusia sejantina atau paling tidak pun, memang adalah kawan lain jantina dengan kau yang dia approve untuk terus berada dalam list contact. Sakit bhai!

Sebenarnya, kita akan rasa insecure sebab kita tak percaya pada partner dan diri kita sendiri. Kan? 

Betul lah. Kita rasa macam dia ada orang lain, kita rasa macam dia nak taknak je kat kita, kita rasa macam kita nie tak cantik/kacak untuk dia, kita rasa kita bukan yang terbaik, kita rasa dia terpaksa suka kita. Macam macam perasaan yang kita rasa. Sebab tu aku cakap, perasaan paling celaka. 

How to overcome?

Nanti kita cerita dalam entry entry akan datang. Yep. More to come. InsyaAllah. Aku dah cakap, macam mana pun, aku takkan kuburkan blog aku macam tu saja. Blog aku adalah luahan aku, pandangan aku, bukan untuk dibuat modal bercerita. Kalau kau tak suka, kau jangan baca. Kalau kau nak baca jugak, baca, tapi jangan menjaja.

Lautan rindu melanda jiwa.




Saturday, May 19, 2012

10 hari mencipta rasa.

Salam. Hai. *tunduk pandang lantai sebab dah lama tak update*

Wassap brah? Wassap sis? Wassap DSAI? Wassap DSN? HAHA.

Lamanya tak update. Busy beb. Berlari ke sana sini. Celah mana nak dapat flying colors entah? Gua dah cuak tahap moksya nie. Dem.

Aku nak story sikit pasal something. Yup. Something yang aku taktau aku perlu cerita or not. Tapi, memang style aku bercerita kan? Aku cerita je lah. Hee.

Pasal aku dengan dia. Siapa? Dia tahu siapa dia :)

Hari 1.
Hari pertama aku jumpa dia. Masa tu kat PJ. Jeng jeng jeng. Aku senang dengan cara dia, aku rasa selesa. Dan yang aku tahu, aku jealous bila dia tak sama group dengan aku. Motep nak jealous? Aku rasa group dia best sebab ada dia. Boleh? Honestly, I don't really give attention to whatever things he membebel kat depan. Ngee :B

Melaka.
Hari 2.
Masa nie kat Melaka. Ehem. Ada slot dengan dia. Yang paling aku ingat, aku tarik kerusi duduk sebelah dia. Sengaja atau kebetulan, itu aku tak pasti. Kemudian, dia menjadi manusia misteri yang mengganggu gugat ketenteraman aku. Remember? Dan ada perkara lain jugak pasal dia yang buat aku tertarik masa kat Melaka nie. Kan Ika? *twinkle twinkle little star*

*in between, aku dengan dia dah start bbm melalut melarut segala sampai ke pagi before aku ada boyfriend*

Hari 3.
Perjumpaan kali nie, aku bukan berstatus single macam yang sebelumnya. Cuma satu soalan, "How are you?" dari dia dah buat aku tak keruan. Malas cerita panjang. Di mana? Tak jauh dari rumah aku pun. Masa nie aku join satu event yang boleh tahan gah namanya ;p 

Hari 4.
Tak jauh dari hari 3. Masih dalam event yang sama. Kongsi semangkuk pulut durian. Woi. Ini pun kecoh ke? HAHA. Ehem. Fyi, bukan style aku kongsi kongsi makanan semangkuk sepinggan dengan orang nie. *kecuali budak kembara* Especially someone I barely know. Pui. Barely lah sangat -.-"

HRC.
Hari 5.
HardRockCafeKualaLumpur. Lagu "Set fire to the rain" sambut kitorang masa kat lobby and masa kat carpark before masuk kereta untuk chiow. Enough said. Bhahaha. Simbolik lagu nie? Aku pun tak tahu but this song is like our song. Tak eh? 

Hari 6.
Nilai. We met again. Sebab terkedu dia ada depan mata, aku terus blah naik lift. Oh yeah. He said that he won't be there, for some reasons. For a reason actually. Propa betul Ilham. What reason? Tak boleh bagitahu sini, nanti kena maki. Hewhewhew.

Hari 7.
His birthday. Of course I gave him his present. Right? Awak dapat hadiah awak yang awak nak kan? 

Paige and Leo.
Hari 8.
The Vow. Remember? The days that make me went crazy thinking about us. More to, "Who am I to this man actually?" TTM? Benda yang pahit. Sumpah. Because when the day end, I made up my mind, I want you to be my Leo :))

Hari 9.
Dia hulurkan tangan sebelum aku naik bas. Tahu tak aku rasa macam taknak naik bas masa tu? Seriously. Kali tu memang aku berat hati tahap langit ketujuh punya berat. Sebab aku tahu, aku akan merindu. Sengal kan? Yeah, I know ;p

*in between, aku break up dengan boyfriend aku. yup, salah aku, aku tahu*

Hari 10.
Dah tak ada idea nak tulis apa pasal hari sepuluh. Sebab there's too many things he'd done for me. Too many. The gift, pakaikan rantai tangan, suap makan, ambilkan ice cream, treat me nicely, and all. Sampai satu peringkat, aku confuse, siapa aku untuk dia nie. Aku rasa sampai sekarang pun aku masih confuse. Hihihik. 

No, this doesn't end masa hari sepuluh. That's why hari sepuluh is nothing. There's no end to this, and I don't want to end this. Faham tak?

10 hari, sekadar simbolik sebab aku baru jumpa dia 10 hari, straight. Sampai hari nie.

10 hari yang tak pernah cukup bagi aku.

10 hari yang terlalu bermakna buat aku.

10 hari yang memberikan hati aku seribu satu rasa.

"Saya sayang awak. Bukan untuk 10 hari, bukan untuk 10 tahun. Saya pun tak tahu sampai bila. Macam yang awak pernah cakap, we will never know when the cupid will strikes. Setakat yang saya tahu, sayang sayang awak. Awak seorang, InsyaAllah."

Apa ada pada angka?


**Just an update for this super lame entry, I married this man. Allah definitely knows best!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...