Gagal bukan satu pilihan. Mungkin aku yang memilih untuk gagal.
Tapi sampai bila aku nak biarkan diri aku terus gagal?
Sampai bila?
Aku ada jawapannya dan yang pasti bukan selama-lamanya aku nak biarkan kegagalan mendampingi aku.
Aku gagal dan bukan bererti aku memilih untuk terus gagal.
Aku ada hak untuk memilih jalan seterusnya bukan?
Dan bila mana aku memilih jalan hidup aku.
Aku tahu, risiko untuk aku gagal lagi, tinggi. Aku tahu.
Tapi aku tetap perlu memilih, kerana ini hidup aku.
Hidup aku.
Aku tahu ramai yang peduli.
Aku tahu ramai yang ingin membantu.
Aku tahu semua orang ingin didengari.
Aku pun peduli dengan hidup aku.
Aku pun ingin membantu diri aku.
Aku juga ingin didengari.
Dengari aku, tolong?
Sampai bila aku harus terus mengikut arus?
Sampai bila aku harus terima aturan yang diatur?
Sampai bila aku harus menelan kata kata pahit itu?
Sampai bila?
Sampai bila lagi hidup ini ingin kau bentuk mengikut kata hati kau, ikut kemahuan kau?
Berikan aku apa yang kau patut beri.
Berikan perhatian dan kasih sayang.
Berikan doa dan bukan kata nista.
Itu lebih aku perlukan.
Terima kasih semua.
Doakan aku, sampai bila-bila :')
No comments:
Post a Comment