Followers

Showing posts with label aku jadi aku.. Show all posts
Showing posts with label aku jadi aku.. Show all posts

Friday, April 27, 2012

Sewel. Maha. Sewel.

Salam.

Okay okay. Memandangkan baby tengah tidur dan aku pun tak ada kerja dan tak ada isu, meh aku nak sembang politik sikit. Politik? Boo Ilham boo. *lap lap hingus*

Sebenarnya, sejujurnya, aku langsung tak setuju dengan demonstrasi mak nenek nie. What the hell do you really want? Macam dah tak ada cara lain kau nak buat? Come on people. Jadi manusia bertamadun boleh tak?

Okay first. Let me start with those mahasiswa out there yang berkhemah berhari hari dengan nama perjuangan kononnya datang menuntut free education. Free education macam mana yang korang nak nie? Free penampor nak tak?

Manusia jenis bagi betis nak peha. Eh kamon. Kerajaan bukan bagi peha lagi tau ke korang, selulit selulit kat peha semua korang dah tibai. Subsidi bukan 6% tau korang dapat. Subsidi tu 100-6, 100-7, 100-8, dan so on. Kiralah sendiri. Pandai tak kira? Kalau tak tu aku faham lah kenapa kau kena buang, kena gantung segala. Sebab tak pandai, tak cerdik, tak guna akal Allah bagi. Ini lah jadi.

Ridiculous tahu?!

Aku tahu, sebenarnya, perkhemahan puak puak nie sekadar nak menghangatkan lagi bahang bahang Bershit 3.0 yang akan diadakan besok. Aku tahu. Korang nie syok sendiri konon jihad perjuangan pergi mampuslah korang tu. Padahal digula gulakan dengan benda bangang oleh pembangkang. Digunakan untuk nampak sokongan mahasiswa kononnya.

Korang pergi mati boleh?

Aku mahasiswa. Kawan aku pun ramai je mahasiswa, dan ramai tak redha bila korang gunakan nama mahasiswa untuk agenda politik kotor pembangkang tu. Sedarlah! *bagi minum air Yasiin bebanyak sambil tepuk tampar pipi korang* Oh lupa, korang nie bagi minum air Yasiin  lima gelen belum tentu sedar dunia.

Eh, kenapa aku emo nie? HAHA.

Aku setuju hutang mansuh. Sumpah aku setuju gila babi weh. Tapi, ingat nie, where's the manners? Pandai hutang pandai bayar lah babe. Kawan aku masa kat uitm dulu, member pinjam seringgit nak buat naik Rapid pun dia mintak balik. Nampak tak? Bukan kira berkira tu, sebab kau mintak pinjam kan, kena lah bayar. Logik lah jugak. *Padahal kitorang kutuk dia gila babs.* Bhahaha.

Logiknya kau kena blacklist dari bank segala sebab tak bayar hutang adalah, hutang PTPTN yang berapa ringgit sebulan pun kau tak mampu bayar, apatah lagi hutang kereta, rumah, etc yang confirm confirm lagi tinggi bayaran bulan bulan tu. Kau ingat bank nak ambil risiko loan kan duit dekat manusia tak bertanggungjawab macam kau? Kau tak bayar, kereta kena tarik. Sama lah. Put it that way lah. Apa bezanya PTPTN dengan bank? Dua dua bagi kau duit. Alang alang apa kata mansuhkan bank jugak? Kan? Boleh mansuh hutang hutang berpuluh ribu tu. Rakyat confirm pangkah kau!

Okay jap. Blog aku nie selalunya blog luahan perasaan jiwang jiwang, sweet sweet, sedih sedih, emo pun dekat pakwe jek. Nie nak kira macam mana aku dah salah guna blog aku nie? Nie semua SMM punya pasal. Adam Adli punya pasal. Sebagai denda, kapel dengan aku jom? Kalau kau belum disentuh cik abang kau la. HAHA.

So, berpeluh peluh aku menaip. Nak banned aku pun ikut koranglah. Aku taip jek apa aku nak taip. Hak bersuara katanya. Aku tahu, ada ja yang nak provok aku. Eh, pergi mampuslah.

Lagi satu aku nak cakap, manusia paling loser dalam dunia adalah bila sikit sikit nak ungkit, "Alah, Rosmah boleh beli cincin 24 juta guna duit rakyat," Kau manusia paling loser tahap selipar jamban tali putus. Tak guna langsung. #okbai.

Mansuhkan perangai tak bertanggungjawab kau pelis?


Thursday, April 26, 2012

Terima kasih, kawan.

Ehem. Hai.

Gugur.
Aku tahu aku bersalah sekarang nie sebab sepatutnya aku sedang study untuk paper SM besok pagi tapi aku sesukahati menaip entry baru.

Selepas entry aku tiga hari lepas, kemain aku dapat phone call dari seluruh Malaysia, utara selatan timur barat semua untuk bertanyakan perkembangan terbaru hidup aku. Jangan risau kawan, hidup aku macam biasa, yang berkembang cuma badan aku -.-"

Aku tahu, kawan kawan aku cukup concern terhadap apa apa pun yang berlaku dalam hidup aku. Sumpah aku appreciate. Tak ada kawan yang macam korang. Well, you know who you guys are kan? Terima kasih.

Aku bukan nak jadi manusia degil, serious bukan.

Okay, tadi aku dapat statement dari seorang member nie, "You're important to them. Not your happiness" Dan aku selaku manusia lembap dalam mencerna ayat seriously terasa tertekan dengan ayat yang dia bagi. Oh, so my happiness is not as important as I am? So, its okay if I'm not happy as long as I am safe from being cheated on, used, and all? Seriously?

Aku tak cakap aku sanggup ditipu asalkan aku bahagia. Soalan aku sekarang, aku sedang ditipu ke?

Soalan tu biar insan yang berkenaan je jawab. Kalau aku fikir pasal jawapan kepada soalan tu, mungkin aku kena ambil MC setahun. Tak pepasal jek. Kan?

Sekarang aku terfikir, penting sangat ke kebahagiaan aku?

Kemudian aku terfikir lagi, sejauh mana aku akan pergi?

Dan aku terus berfikir dan berfikir. 

Banyak sangat benda aku fikir. Benda yang tak perlu pun kadang kadang. Aku bukanlah pemikir yang bagus pun. Tak menyelesaikan masalah negara pun. Masalah sendiri pun tak selesai. Dengan berfikir terlalu banyak, tak membantu hidup aku pun. Tapi tu lah, aku tetap jugak berfikir.

Sama.

Walaupun aku tak perlukan dia. Ada dia, tak ada dia, aku tetap akan hidup macam biasa atas muka bumi yang semakin cacamerba nie. Tapi, aku mahu dia.

Nanny McPhee pernah cakap, "When you need me, but you don't want me, I'll stay. But when you want me, but you don't need me, I'll go"

Apa kena mengena? One day, dia akan pergi kepada orang yang lebih memerlukan. In the previous entry pun aku cakap benda yang sama. But, for the time being, please stay. Please? Please let me be with him. Please? Please gimme chance to feel the love. Please?

I might be addicted. I might be pathetic. Ah, kata kawan kan? You guys must know me very well already, aren't you? Korang kata aku kuat, korang kata aku boleh buat. So, this shouldn't be a big problem too later kan? Pasrahnya aku. Patheticnya. Loser gila!

This time. I won't cry. I promise. I am taking the risk. I might break it. But please, lemme try.

Kenapa entah entry nie aku rasa sayu. Sebab aku rasa macam semua orang menentang aku. Yes. Aku yakin semua orang tak setuju. Tak ada orang yang setuju dengan tindakan aku. Dan kali nie, entah kenapa, aku menentang arus pendapat semua orang. Selfish kan?

Sebab tu aku cakap, apa pun jadi, aku akan tanggung. Sendiri.

Dah. Aku hargai nasihat korang. Aku ambil kira setiap nasihat. Semua masuk dalam kepala tak keluar keluar. Semua aku simpan dalam hati dengan cop urgent. Aku mintak maaf. Aku bukan arrogant. Bagi aku satu peluang lagi untuk percaya pada kata hati. Walaupun mungkin kata hati aku menipu untuk yang kesekian kali.

Malam realiti. Aku mahu terus bermimpi.

Kenapa realiti tak seindah mimpi?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...