Followers

Wednesday, June 6, 2012

Ini nak duit hantaran ke nak jual anak?

Salam, selamat petang readers semua!

Amacam exam paper? Ada yang dah start exam macam aku. Aku esok ada paper tapi aku tegar nak buat entry jugak. Gila apa nak study tengahari rembang gini. Sebenarnya sebab aku baru bangun tido. Itu pasal mood study belum hadir. Apa apa pun, good luck, semoga maju jaya, jangan lupa doa sebelum start jawab exam naaa :))

Bebaru nie, ada satu hari, kecoh dekat Facebook pasal hantaran. Aku rasa persoalan pasal hantaran nie selalu dibincangkan. Terutamanya oleh pasangan bercinta, lelaki-lelaki yang pening kepala nak kawen duit takcukup, ibu-ibu yang tak sabar nak menimang menantu serta gadis sunti yang menggelenja nak kawen jugak. Right-o?

Sebenarnya, aku pun selalu sebut sebut, duit hantaran ini, duit hantaran itu, tapi apa itu duit hantaran aku baru ja tahu. Hikhik. Aku yakin, sebenarnya, ramai jugak yang tahu sebut dan marah tapi dia tak tahu pun kenapa adanya duit hantaran tu. 

First of all, jom kita fahamkan, apa itu duit hantaran?

Mengikut kefahaman aku, duit hantaran yang ribu riban tu sebenarnya duit dari pihak lelaki ke pihak perempuan. Ada some people kata itu duit hadiah, ada kata hantaran itu just adat, ada kata wajib bagi, macam macam lah.  Setahu aku lagi, duit tu sedikit sebanyak adalah untuk membantu meringankan beban pihak perempuan dalam nak buat kenduri kendara. All those goodie bags, bunga telur, catering ke apa. And ada jugak keluarga yang serah duit tu ke pengantin perempuan bulat-bulat untuk persediaan berumahtangga tapi sangat jarang lah kan. 

Faham now?

Rate duit hantaran sekarang is RM 7000 to RM 10000. Ini yang masih logik di akal lah. Kalau lebih dari tu tak tahulah. Ikut rezeki masing-masing lah kot kan. 

RM 8000 itu standard sekarang lah. Itu pun ada yang merungut, mahal. Dan selalunya yang merungut mahal dan kaitkan pulak dengan kelulusan pendidikan bakal pengantin perempuan ni adalah ibu si lelaki. Selalunya lah. "RM 8000 hantaran? Si Timah tu SPM ja kan? Kerja kilang saja pun. Mintak sampai RM 8000," <----- Contoh ayat yang aku pernah dengar sendiri. Nah! Sekarang bila anak kau nak kawen perempuan degree, mak dia letak RM 12000 kau mula melatah. 

Ini contoh, kerana mulut badan binasa. Tahu? 

Hantaran tak perlu ikut status pendidikan. Tak perlu semua tu. Semuanya bergantung kepada budi bicara antara keluarga. Kalau ikut kepada keadaan ekonomi sekarang, RM 10000 tu sah sah belum cukup untuk buat kenduri. Tapi, dah kata pun untuk meringankan beban, cukuplah tu kan? At least dah setel jugak satu bab.

Lagi satu. Menurut apa yang aku faham lagi, duit hantaran tu bukannya kau kena bagi segedabak RM 10000 terus. Ada yang bagi selepas akad nikah, ada yang bagi sebelum. Selalunya orang bagi separuh sebelum akad nikah, dan lagi separuh selepas dah menikah. Kalau bagi semua sebelum akad nikah, lari pengantin perempuan, apa pun tak boleh. Hikhikhik.

Benda simple tapi jadi susah sebab mulut orang dan persepsi yang orang dah mula bina sekarang nie. Doktor nak kena ada RM 15000. Pergh. Kalau macam tu, kenduri satu pihak ja. Lelaki tak payah kenduri, tumpang je sekali dengan kenduri perempuan. Aku bukan nak bias kepada lelaki, aku ada 4 orang adik lelaki dan time diorang nak kawen nanti aku rasa duit hantaran normal mau cecah RM 20000 sebab zaman RM 10000 nie kakak sulung diorang pun belum kawen. Bhahahaha.

Cukuplah aku membebel pasal nie.

Kepada lelaki di luar sana, janganlah merungut pasal hantaran kawen tu. Kalau nak tolong ringankan beban bini sendiri pun kau dah merungut, nanti ke depan macam mana? Pelamin kau nak gah gah, kenduri kau nak meriah, tapi kau taknak bagi duit hantaran lebih. Pada aku, ini salah satu cara untuk kau tunjukkan kasih sayang kau. Sanggup berkorban sedikit untuk perkahwinan yang sekali seumur hidup nie. Lepas kawen, kau cilok duit bini jugak kan?

Kepada mak ayah yang ada anak perempuan, bertimbang rasalah sikit. Kenduri nie tak perlu kau jemput satu Malaysia. Kenduri tak perlu nak bermewah lauk sekawah tak habis. Kenduri sekadar untuk menghebahkan bahawa pasangan tu dah berkahwin. Kau jemput 200 orang pun dia boleh buat sistem MLM sampaikan hebahan. Tengok jugak pada kemampuan bakal menantu tu sebelum mintak lebih lebih. Orait?

Sekarang aku faham kenapa mak aku kata dia takmau mintak duit hantaran kalau aku kahwin, mak nak suruh sponsor kenduri saja. Nampak tak game dia kat situ? Sebab kos kenduri lagi tinggi dari duit hantaran. Orang takut dengar duit hantaran, bila kita tak mintak mesti dia seronok kan? Tapi alih alih terkena lah pulop. Jangan risau, kenduri aku jemputan 500 orang dalam dua kali majlis. Dua majlis tapi 500 orang sahaja aku jemput. Tak ada pelamin bagai. Baju kawen aku baju kurung aku tempah kedai, tak sewa. Goodie bag pun takda. Outdoor photoshoot pun aku taknak. Siapa nak kawen dengan aku? HAHAHA.




Belum sampai masanya :))

7 comments:

dRSis said...

Cantik pelamin angan Kau. haha,

Cik Elle said...

hahaha. haruslah.

antara said...

yolah kau tak buat serope orang laen. mne tahu kot2 rejeki kau kawen anak tansri bagai, disponsornye siap masuk majalah.. haa.. itu makannye.. ekeke

all the best, jiran! ^^

asyraf ringo said...

arghhh...tekanan mula dirasai!

Cik Elle said...

jiran, kalau dah rejeki takkan nak ditolak. ye dop? hikhikhik.
terima kasih :))


acap! chaiyok. kumpul duit banyak banyak. jangan minum air ketum ladi dah. kahkahkah.
gambatte ne.

Anonymous said...

ustazah naemah : ustazah bukan nk ajar jual anak, tp mak bapak susay payah jaga,xkn nk bagi kt org senang2 ja..hihi

Anonymous said...

Happy Upcoming Birthday to you Cik Elle..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...