Followers

Wednesday, May 30, 2012

Insecurity: How to overcome? Part I.

Hai.

Dalam previous entry, aku ada cakap pasal insecure nie kan? Kenapa kita rasa insecure bagai dalam perhubungan. So, kali nie aku nak cakap sikit, tak banyak, pasal macam mana nak overcome, nak atasi perasaan insecure nie.

Satu: Jangan keliru antara fantasi dan realiti.

Maksudnya? Manusia nie suka berimaginasi. Betul tak? We think too much on certain things yang sebenarnya tak wujud or tak berlaku. Contoh, bila kita dengan boyf kita selisih dengan perempuan cantik, kita akan rasa macam mata dia melirik ke perempuan tu. Padahal dia nie tak perasan pun perempuan tu lalu. Ini contoh je lah, mana ada lelaki tak perasan kewujudan perempuan cantik kan? -.-"

Faham tak? Kita kena distinguish reality dan imagination kita. We are imagining that a plane is having a smooth landing, but the reality is, that will never happen. No harm in imagining but somehow kita kenalah pandai bezakan dan sedar dengan perbezaan itu. Tak ada sesebuah hubungan yang sentiasa tenang, sentiasa intim, sentiasa dalam mood baik. Bila hubungan tak tenang, tak intimate, dan boyf not in good mood tak bermakna hubungan tu berada di hujung tanduk. Jangan put high expectation berdasarkan angan angan.

Dua: Avoid certainty trap.

Insecurity wujud sebab keinginan untuk mendapatkan kepastian tu terlalu tinggi. Secara tak langsung benda macam nie yang akan menyebabkan kita menjadi over-control over some things dalam relationship. And one way untuk elakkan benda nie adalah dengan becoming less controlling of everything. Or else, kita akan tetap rasa that "This relationship should be just like what I want it to be." Wak lu kakak/abang! Mana boleh gitu. It can't always be your way. Okay?

Contoh simple. Bila rasa uncertain, kita mula ada doubt dengan partner kita. We want certainty. Kita nak pastikan dia tak ada orang lain. Right? What will we do? Check his/her phone, Facebook, Twitter, check on his/her friends. Dan benda macam nie yang kita panggil, over-control. Bila terjadi over-control, it will puts a lot of unnecessary strain and tension in the relationship.

Having to know whether or not your partner loves you, having to know this, having to know that, is some kind of insecurity feeling yang kita ada dalam diri. True? Dan benda macam nie pun sebenarnya mendatangkan stress to both you and your partner. Bila kita insecure, kita tetap akan rasa insecure walaupun sejuta kali we have been told that we are loved. What we need to overcome this is self assurance. Just bear in mind that nothing in life is certain. Ayai? *kenapa sakan guna english nie?*

Tiga: Berikan ruang dalam relationship.

Ruang macam mana? Ruang untuk pasangan kita tu bernafas. Ruang untuk diri sendiri bernafas. Serta ruang untuk hubungan kita bernafas. We need to inhale oxygen and we will suffocate if we stay in a small box without any hole and left out only with carbon dioxide we exhale, righto? Same goes to relationship. Kalau kita sempitkan dunia pasangan kita, supaya ada kita dan dia sahaja, memang sesak nafas, nazak lah weh. 

How? Janganlah duapuluhempattujuh kau nak berkepit dengan dia. She wanna go window shopping with her girlfriends. He wanna go watch football with his friends. Bukannya bermaksud kau tak boleh teman dia window shopping or tengok bola. But, give him/her some space will you? To have different view, meet different people, cuci mata tengok makwe/pakwe segak bergaya. Alah. Kalau betul dia sayang kau, benda tu takda efek apa apa kat hati dia pun. Ehem.

I guess that is all for part I. Part II will come soon. Bila aku ada masa. Sebab final exam is just around the corner. Weewuuu. Dah nak final exam dah. Apa entah aku belajar throughout this whole semester -.-"

Tak sikit, banyak jugak kan aku membebel? Siap ada part part lagi tu. Sebab kalau aku sambung, kau boleh baca, kemudian pergi tidur, besok pagi bangun sambung baca balik. Panjang weh. Idea mencurah curah ke ladang tebu. Hewhewhew.

Aku rasa entry aku kali nie berguna untuk orang lain dan untuk diri aku sendiri. Jyeah. Confident itu penting. Aku bajet macam blog aku ada sejuta readers. Kahkahkah.

Keyboard-off.





I miss you like crazy.




Wednesday, May 23, 2012

Perasaan paling celaka bila bercinta: Insecurism.

Assalamualaikum..kum..kum..kum..

Hihihihik. Belum apa apa dah gedik. Pang kang! Dah lega demam ye Hamham? Eh salah, nama baru, Cik Elle. Awwwawaw. *PANG DUSH DUSH*

Sebenarnya, aku ada masalah jiwa dua tiga hari lepas, so aku private blog aku kejap. Ini pun malas nak menulis sebenarnya, sebab takut emo, tapi apakan daya, selaku bakal penulis novel tersohor suatu hari nanti, nafsu nak menulis tu tak dapat dibendung. Tapi jangan risau, aku takkan emo. Aku kan selebriti, kena terima hakikat hidup sentiasa diperhati. Kahkahkah.

*pause sejenak*

Kenapa tajuk aku gitu? Entah lah. Sebab aku ada terbaca komen orang pasal kawan lelaki dia terhegeh hegeh ke girlfriend kot. Cenggitu lah lebih kurang. So, aku pun terfikir nak buat entry nie.

Apa makna insecure? Insecure nie adalah satu perasaan tak selamat, rasa rendah diri, rasa diri sendiri tak dilindungi. Gitulah lebih kurang. Kan?

Insecurism? Entah. Aku reka sendiri je perkataan tu. Sedap kan bunyi dia? Hihihik.

Kenapa insecure?

Satu reason paling mudah dan senang access ke otak adalah, sebab partner kau tu kacak, cantik, kaya, berkerjaya atau senang cerita perfect nak mampos. Betul. Tak ada manusia perfect, tapi itulah. Kalau pakwe kau Shaheizy Sam, tak ke kau meroyan tengok dia berpeluk dengan Intan Ladyana? Woi. Aku boleh menangis tujuh hari tujuh malam tahu. Fator utama adalah, kau sebenarnya rasa rendah diri dan tak berapa nak layak jadi partner dia, tapi kau nak jugak -.-"

Insecure bila kau tahu, partner kau nie ramai kawan sejantina dengan kau *ini bukan kes LGBT*. Tengah jejalan, ada je yang nak tegur, classmates lah, clubmates lah, roommates lah. Eh! Kuikuikui. Yang jenis cool, tak kisah, okaylah. Tapi yang rasa insecure nie kenapa? Sebab kau rasa tak selamat. Kan? Kau rasa macam, ramainya perempuan/lelaki sekeliling dia nie. Kau akan rasa, betul ke diorang nie kawan je? Tetambah bila kau tahu partner kau mesra alam. Apatah lagi yang menegur menjeling partner kau macam nak terkam. Phew. *lap lap peluh di dahi*

Ada beribu lagi alasan kenapa kau rasa insecure. Kau sendiri tahu.

Ciri ciri orang insecure.

Tak faham jugak motif gambar nie -.-"
Kau akan check his/her handphone. BBM chat, inbox, call log, segala. Sentiasa. Pantang jumpa. Ini kalau kau geleng 180 darjah, aku tambahkan lagi 180 darjah, biar teleng. Ada yang jenis stalk satu satu kawan kat FB, siapa yang komen tu semua akan jadi mangsa untuk kau stalk. Paling tak best, contact dalam telefon kau semua tinggal manusia sejantina atau paling tidak pun, memang adalah kawan lain jantina dengan kau yang dia approve untuk terus berada dalam list contact. Sakit bhai!

Sebenarnya, kita akan rasa insecure sebab kita tak percaya pada partner dan diri kita sendiri. Kan? 

Betul lah. Kita rasa macam dia ada orang lain, kita rasa macam dia nak taknak je kat kita, kita rasa macam kita nie tak cantik/kacak untuk dia, kita rasa kita bukan yang terbaik, kita rasa dia terpaksa suka kita. Macam macam perasaan yang kita rasa. Sebab tu aku cakap, perasaan paling celaka. 

How to overcome?

Nanti kita cerita dalam entry entry akan datang. Yep. More to come. InsyaAllah. Aku dah cakap, macam mana pun, aku takkan kuburkan blog aku macam tu saja. Blog aku adalah luahan aku, pandangan aku, bukan untuk dibuat modal bercerita. Kalau kau tak suka, kau jangan baca. Kalau kau nak baca jugak, baca, tapi jangan menjaja.

Lautan rindu melanda jiwa.




Saturday, May 19, 2012

10 hari mencipta rasa.

Salam. Hai. *tunduk pandang lantai sebab dah lama tak update*

Wassap brah? Wassap sis? Wassap DSAI? Wassap DSN? HAHA.

Lamanya tak update. Busy beb. Berlari ke sana sini. Celah mana nak dapat flying colors entah? Gua dah cuak tahap moksya nie. Dem.

Aku nak story sikit pasal something. Yup. Something yang aku taktau aku perlu cerita or not. Tapi, memang style aku bercerita kan? Aku cerita je lah. Hee.

Pasal aku dengan dia. Siapa? Dia tahu siapa dia :)

Hari 1.
Hari pertama aku jumpa dia. Masa tu kat PJ. Jeng jeng jeng. Aku senang dengan cara dia, aku rasa selesa. Dan yang aku tahu, aku jealous bila dia tak sama group dengan aku. Motep nak jealous? Aku rasa group dia best sebab ada dia. Boleh? Honestly, I don't really give attention to whatever things he membebel kat depan. Ngee :B

Melaka.
Hari 2.
Masa nie kat Melaka. Ehem. Ada slot dengan dia. Yang paling aku ingat, aku tarik kerusi duduk sebelah dia. Sengaja atau kebetulan, itu aku tak pasti. Kemudian, dia menjadi manusia misteri yang mengganggu gugat ketenteraman aku. Remember? Dan ada perkara lain jugak pasal dia yang buat aku tertarik masa kat Melaka nie. Kan Ika? *twinkle twinkle little star*

*in between, aku dengan dia dah start bbm melalut melarut segala sampai ke pagi before aku ada boyfriend*

Hari 3.
Perjumpaan kali nie, aku bukan berstatus single macam yang sebelumnya. Cuma satu soalan, "How are you?" dari dia dah buat aku tak keruan. Malas cerita panjang. Di mana? Tak jauh dari rumah aku pun. Masa nie aku join satu event yang boleh tahan gah namanya ;p 

Hari 4.
Tak jauh dari hari 3. Masih dalam event yang sama. Kongsi semangkuk pulut durian. Woi. Ini pun kecoh ke? HAHA. Ehem. Fyi, bukan style aku kongsi kongsi makanan semangkuk sepinggan dengan orang nie. *kecuali budak kembara* Especially someone I barely know. Pui. Barely lah sangat -.-"

HRC.
Hari 5.
HardRockCafeKualaLumpur. Lagu "Set fire to the rain" sambut kitorang masa kat lobby and masa kat carpark before masuk kereta untuk chiow. Enough said. Bhahaha. Simbolik lagu nie? Aku pun tak tahu but this song is like our song. Tak eh? 

Hari 6.
Nilai. We met again. Sebab terkedu dia ada depan mata, aku terus blah naik lift. Oh yeah. He said that he won't be there, for some reasons. For a reason actually. Propa betul Ilham. What reason? Tak boleh bagitahu sini, nanti kena maki. Hewhewhew.

Hari 7.
His birthday. Of course I gave him his present. Right? Awak dapat hadiah awak yang awak nak kan? 

Paige and Leo.
Hari 8.
The Vow. Remember? The days that make me went crazy thinking about us. More to, "Who am I to this man actually?" TTM? Benda yang pahit. Sumpah. Because when the day end, I made up my mind, I want you to be my Leo :))

Hari 9.
Dia hulurkan tangan sebelum aku naik bas. Tahu tak aku rasa macam taknak naik bas masa tu? Seriously. Kali tu memang aku berat hati tahap langit ketujuh punya berat. Sebab aku tahu, aku akan merindu. Sengal kan? Yeah, I know ;p

*in between, aku break up dengan boyfriend aku. yup, salah aku, aku tahu*

Hari 10.
Dah tak ada idea nak tulis apa pasal hari sepuluh. Sebab there's too many things he'd done for me. Too many. The gift, pakaikan rantai tangan, suap makan, ambilkan ice cream, treat me nicely, and all. Sampai satu peringkat, aku confuse, siapa aku untuk dia nie. Aku rasa sampai sekarang pun aku masih confuse. Hihihik. 

No, this doesn't end masa hari sepuluh. That's why hari sepuluh is nothing. There's no end to this, and I don't want to end this. Faham tak?

10 hari, sekadar simbolik sebab aku baru jumpa dia 10 hari, straight. Sampai hari nie.

10 hari yang tak pernah cukup bagi aku.

10 hari yang terlalu bermakna buat aku.

10 hari yang memberikan hati aku seribu satu rasa.

"Saya sayang awak. Bukan untuk 10 hari, bukan untuk 10 tahun. Saya pun tak tahu sampai bila. Macam yang awak pernah cakap, we will never know when the cupid will strikes. Setakat yang saya tahu, sayang sayang awak. Awak seorang, InsyaAllah."

Apa ada pada angka?


**Just an update for this super lame entry, I married this man. Allah definitely knows best!

Wednesday, May 2, 2012

Percaya kata hati?

Salam. Hai sayang. Hai kekasih. Hai perindu. Paling penting, hai awak. Iye, awak yang kononnya bukak blog saya sebab nak dengar lagu je tu. Boooo!

Rindu, itulah tandanya, aku kasihmu aduhai asmara - kata Yuna :) *tetiba*

Ingin dirimu, dekat di hatiku, berdua kita kan raih bahagia.
Ingin dirimu, turut merasa, rasa rindu untuk menatap matamu, menatap matamu - kata Aril :)

Believe in faith. Hope for love. Peace (^_~)V
Nie apa cerita asyik rindu rindu nie? Hahaha. Okay okay. Aku memang sedang merindu. Jeng jeng jeng.

*nampak si dia tukar tukar status dengan avatar bbm, saja malas tegur*

Kata hati? Apa dia definisi kata hati pulak nie? Pergh seriously, kalau ada orang tanya, apa itu kata hati, gua tabik springggggggg ke lu bro!

Perlu ke percaya kata hati? Entahlah. Bak kata orang, ikut hati mati. Ye dak?

Kalau tanya aku, aku sentiasa percaya dengan kata hati aku. Betul atau salah, itu belakang kira. Kalau salah, padan muka aku kan? Dan kalau betul, aku mencapai bahagia. Tak susah.

*eh jap, nie apa pukul 11 baru nak start meeting nie? ke baru tukar status?*

Kata hati aku, aku percaya dia balik KL tu balik ke rumah dia walaupun yang sebenarnya rumah dia bukannya KL pun. Aku percaya dia balik rumah dia, walaupun yang kat KL tu sebenarnya rumah wirawati. Aku percaya. Kahkahkah. Kenapa? *sebenarnya dia dah explain pun kenapa, saja kecoh*

Sebab dia kata, "Kimia yillek," Dan aku percaya. Aku bukan percaya dia, aku percaya kata hati aku supaya percaya dia. Apa complicated benar penerangan aku nie? Bhahahaha.

Orang yang aku suka nie keling ka? A'ah. Dia keling. Kahkahkah.

Aku taktau macam mana nak cerita pasal percaya kata hati nie. Serious. You just feel like you believe in yourself. You believe that your decision is the best. You have that feeling, that, you're not going to regret this. Kemahen sepiking kau!

Faham tak?

Bukan aku kata tak payah guna akal. Cuma aku manusia yang guna EQ lebih daripada IQ. Aku rasa lah. Hewhewhew.

Pandai pandai lah balance. Akal selalunya melarang kata hati, sebab kata hati selalunya memudaratkan diri.

Dia macam nak buat investment. Kata hati nie usually melibatkan short term investment dan akal akan lebih kepada long term investment. Betul, macam aku kata, aku suka ikut kata hati sebab kata hati selalunya akan lead aku kepada kebahagiaan. Tapi, lama mana aku akan rasa kebahagiaan tu? Right-o?

*paused*

Tapi aku tetap nak percaya kata hati. Kahkahkah. Sakit hati kan? Sabar okay?

Apa pun korang buat, ikutlah kata hati korang sama ada nak ikut kata hati atau nak ikut akal korang. Eh? Hahaha ^_^

notakaki: Percayalaaaaaaaahhhhhhhh. Pada Allah :)


I always believe in you, dear heart :)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...