Followers

Friday, March 23, 2012

20 hari berlalu.

Salam!

Pertama tama sekali, aku tak tahu wajar atau tak mintak maaf sebab tak update blog nie. Tapi, apa salahnya mintak maaf walaupun macam taklah perlu sangat pun mintak maaf. So, mintak maaf nah sebab dah lama abaikan blog dan followers yang berapa kerat sahaja nie. HAHA. 

Kedua dua kalinya, aku dah tak tahu nak update apa. Tiada cerita. Ehem. HAHA lagi sekali.

Okay okay. Jum kita buat perbincangan sedikit. Semenjak dua menjak yang aku bercinta nie, aku tersedar beberapa perangai perempuan yang sumpah annoying taktau nak cerita. Siapa tak setuju, sila tekan pangkah kat atas. #okbai

Perangai satu! - Mengadanya sumpah kalah budak umur lima tahun tak dapat susu sehari. Astaghfirullahalazim. Bala sungguh lelaki yang dapat perempuan kerjanya nak tarik muncung itik lima minit sekali nie. 

Perangai dua! - Kerjanya nak cari salah si boyfriend aje. Dia sedar pun itu salah dia kekadang tapi nak jugak dia letakkan salah tu kat en boyfie. Annoying tahap moksya kan peremps yang macam nie?

Perangai tiga! - Dia suruh boyf tegur kalau dia buat benda tak kena, buat salah, tapi bila dah tegur tarik muka macam tengah lawan tarik tali. MasyaAllah, masamnya macam yogurt. Tak sedap!

Perangai empat! - Pantang boyf tersalah cakap sikit, mengamuk. Boyf terjeling perempuan lalu, emo macam baru lepas cerai. Eh, yang diri sendiri buat boyf terasa taknak fikir pulak? Diri sendiri pandang lelaki handsome mata tak berkelip tak korek bijik mata sendiri pulak?

Perangai lima! - Pantang bergaduh, mulalah nak bagi ayat sadis. Mulalah nak suruh boyf cari perempuan yang lagi baik, cantik, yda yda yda. Eh, kalau dia nak cari, dah lama dia cari lah! Bila boyf cari betul betul, pandai pulak kau meraung macam mati laki?

Perangai enam! - Bila boyf balas msg lambat sikit, dah mulalah fikir boyf ada peremps lain lah, boyf dah tak sayang lah, apa lah. Bila diri sendiri lambat balas, pandai pulak marah boyf cakap tak faham yang kau sibuk itu ini.

Perangai tujuh! - Baca balik dari satu sampai enam, lepas tu terasa sorang sorang. Tapi, besok ulang jugak buat benda yang sama dari nombor satu sampai enam tu. Kan?

Apa yang aku tulis adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan pandangan peribadi. Sesiapa yang terasa selain diri aku sendiri tu, mohon mahaplah ye? Tapi kalau dah terasa tu, harapnya janganlah terasa aje. Sama samalah kita cuba untuk berubah dan menjadi yang lebih baik :)

Nanti kalau rajin, aku update lagi ye? Bye lovelies ;p

Bercakap dengan cermin.

Saturday, March 3, 2012

Kenapa berebut hak orang? Grrrrrr.

Selamat petang yalls. 

Di kesempatan yang ada, aku nak menulis sikit pasal hak. Sambungan kepada entry yang sebelum nie. Kalau sebelum nie aku just cakap pasal intra-relationship. This time aku nak cakap pasal inter-relationship. Aku tak tau betul or not penggunaan terms aku tu, tapi seingat aku baru ja belajar dalam kelas nego hari rabu aritu, so, betullah tu kot. Hahaha.

Hak orang.

Dua patah perkataan, empat suku kata. Ringkas tapi aku yakin cukup mudah difahami. Betul tak?

In love lovey lovey da.
Hak orang nie meluas. Sense of belonging. Dia beli kereta itu, geran kereta adalah atas nama dia, *walaupun orang lain yang bayar* jadi that car adalah hak dia. Mak kau yang lahirkan kau, automatik, kau adalah hak mak kau. Kalau tetiba ada orang datang dan claim, kau anak dia, kau pasti akan persoalkan, apa hak dia untuk claim kau hak dia sedangkan dah memang confirm mak kau usung kau 9bulan 10hari dalam perut dia. Right?

But now, aku nak cakap pasal boyfriend, girlfriend, fiance, husband and wife. Clear?

Kadang kadang benda yang kita cakap boleh setepek kena kat muka sendiri, inilah dugaan bila jadi blogger. Gittew. Bhahahahahaha.

First of all, mestilah aku nak cakap pasal bf/gf thingy. Some people suka guna ayat nie, "Baru bf/gf orang der, belum kahwin lagi, apa masalah?" Kan? Pada pendapat aku, yes, memanglah baru gf/bf orang tapi kan, diorang ada declaration yang membuatkan diorang belong to each other secara emotionally. Dan pada aku, walaupun tiada satu ikatan yang betul betul menjamin hubungan diorang, he/she is still someone's sweetheart, someone's lover. Pergilah kacau orang lain, kasik chancelah diorang nak bercinta. Aite? Hahaha.

Kendian, pasal tunang orang. Ini dah sah sah ada dalam silibus agama aku belajar masa tingkatan 5 dulu. Fasa pertunangan ini adalah fasa di mana satu satu pasangan itu berkenalan, menyesuaikan diri, menyerasikan diri kerana diorang nie setapak hampir untuk menyiapkan sebuah masjid. Kira bertunang nie, macam plan yang dah disiapkan arkitek lah sebelum masjid didirikan. Aku belajar dulu, bila dah jadi tunang orang nie, kau tak boleh suka suka nak mengorat orang lain dan kau pun tak boleh dingorat. Gitulah. Setahu yang aku belajar, hukumnya jadi dosa mengganggu tunangan orang nie. Serious serious. Seingat akulah. Kalau tak pasti, boleh tanya kepada yang lebih berilmu. Aku nie cikai cikai jek, tapi adalah jugak ilmu tu sikit sikit.

Last but not least, ini memang tak ada ayat boleh cakap dah. Memang dah sah sah yang ini kau tak boleh nak kacau. Sepatutnya. Ehem. Sebagai lelaki, kau confirm tak boleh mengorat bini orang, tapi perempuan boleh mengorat suami orang. Eh? Mengamuk sekampung tahu aku punya pendapat. Bukanlah mengorat yang macam ajak pergi kelab malam mak nenek tu, maksud aku, kalau bini dia benarkan, tanpa perlu kau nak tarik tarik rambut segala, apa salahnya. Asalkan dengan niat bukan jadi gf lah tapi, jadi bini. Niat kau bukan untuk menghancurkan rumahtangga diorang, sekadar berkongsi sebab kau rasa dia adalah lelaki yang terbaik buat kau. Daripada kau buat benda tak elok, tak senonoh, baik kawen. Kan molek tu?

Tapi kalau dah hati tu tertawan sangat dekat hak milik orang, diam diam sudahlah. Tak payah kecoh sampai bergaduh, bertumbuk, bertikam. Ehem. Pandai pandailah nak hidup kan?

Marilah menuju kejayaan. Kihkihkih. Lapar, jum makan :)

What happens in heart, stays in heart.



Friday, March 2, 2012

Hak I

Salam people! 

First of all aku nak ucapkan selamat berhujung minggu kepada anda anda yang akan melalui hujung minggu. Aku dah halfway of my hujung minggu and today is bosanggggg. Untungnya tercampak di bumi Sintok yang aman ini adalah penggunaan duit yang minima to be compared dengan djaman aku di Shah Alam dulu. Rugi tak ada, tak best banyak. Tak best sebab bila nak keluar, jauhnya ya rabbi, sampai rasa malas nak keluar. Ha, itulah dia.

Apa dia aku nak cakap pasal hak?

Hak. Aku tak tahu nak mendefinisikan hak itu macam mana. Aku rasa yang boleh membaca entry aku nie, pasti boleh juga mendefinisikan hak itu secara sendiri.

Aku nak sentuh sikit pasal hak peribadi. Aku tak tahu betul ke tak apa yang aku nak merapu nie, tapi this is just my humble opinion. Tak suka? Klik bahagian kanan, paling atas, terima kasih.

Aku nak cakap pasal hak untuk bersuara. Ehem. Bak kata Malique, gunakan hak berfikir sebelum hak bersuara. Hak untuk bersuara nie kalau ikutkan dalam perlembagaan pun dah ada penerangan, tapi ini, aku nak cakap bukan dalam konteks perundangan, ini lebih kepada dalam konteks perhubungan. Well. Itu pun tujuan blog ini diteruskan, kan?

Ada banyak cara dalam menyampaikan apa yang kita nak suarakan. Right?

First. Secara berterus terang. Apa yang kau tak puas hati, kau utarakan. Kau jumpa face to face, kau bbm, kau sms, kau email or whatsoever, DIRECTLY to the person. Kau tak suka dia merokok, kau boleh tegur directly, or kalau malas, kau boleh text and bagitahu kau tak suka dia merokok. Enough. Kalau dia nak marah, kalau dia nak melenting, eh, mampus dialah. Kalau sebab merokok tu dia mati sorang, tak apa, nie nak kau pun mati sebab dia merokok, melampau ah tu. Kan? So, itu hak kau nak bagitahu apa apa kat someone. Dia tak suka? Its up to him/her lah. 

Dan yang kedua, melalui dunia maya. Aku suka yang ini. Hikhik. Siapa kenal aku, dia tau aku manusia yang prefer tweet-ing dan blogging dalam menyampaikan apa yang aku rasa. Dan mesti ada jugak yang akan terasa dengan apa yang aku rasa. Kan kan? Facebook, Twitter, blog, etc. Melalui blog, etc nie, selalunya kau takkan mention kepada siapa sebenarnya kau tujukan luahan kau tu. Itu yang aku suka. Siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya. Right? Cuma kelemahan cara ini, kadang kadang, maksud sebenar apa yang kau nak sampaikan tu tak sampai, dan boleh membuatkan orang salah faham. Faham fahamlah bila dah tercetus salah faham nie kan? Macam macam boleh jadi. So, use it dengan cara yang betul.

Orait?

Aku nak keluar makan. Korang dah makan ke belum? Jangan lupa makan okay? Nanti kebulur tengah tengah malam macam aku. Toodles~

#imishyu :'(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...