Followers

Thursday, August 25, 2011

Nekad dan tekad.

Aku bukan manusia jujur sepanjang masa. Jujur tu kadang kadang perlu kena dengan tempat, masa dan ketika. Jujur tu bila aku ikhlas menyatakan apa yang aku rasa dari lubuk hati yang paling dalam.

Kalau tiba tiba aku msg kau pukul 3 pagi, ayat macam shibai, itu perasaan paling jujur yang aku ada. Walaupun kau bangun dan baca msg aku dalam keadaan mamai dan tak mampu nak balas dengan ayat paling romantis, paling kurang, balas. *walaupun nanti aku akan bukak msg kau sambil pejam mata sebab takut nak baca*

Walaupun cuma dengan msg, kita sebenarnya boleh tahu sejujur mana pengucapan sayang, pengucapan rindu yang terlafaz. Betul tak? Mungkin sekarang cuma aku yang merasakan rindu, dan jangan benci diri sendiri bila kau mula rindu aku ;)

Hati jangan terlalu menafi perasaan sendiri.

Jadilah jujur dengan perasaan sendiri. Dengan hati. Walaupun sakit kenyataan untuk ditelan, sekurangnya kenyataan yang sakit itu adalah kenyataan paling true sekali. Kalau kau terus memanjakan diri dengan pembohongan yang indah, hujung dunia nanti kau menderita tak sudah :'(

Semoga kita semua mempunyai dan menghargai perasaan insan insan di dunia. Siapa pun dia. Semoga kita menghargai perasaan sendiri, menjadi jujur paling tidak dengan diri, mendapat kebahagiaan paling harmoni. InsyaAllah :)


Aku mahu jadi yang terindah :')

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...