Followers

Thursday, April 26, 2012

Terima kasih, kawan.

Ehem. Hai.

Gugur.
Aku tahu aku bersalah sekarang nie sebab sepatutnya aku sedang study untuk paper SM besok pagi tapi aku sesukahati menaip entry baru.

Selepas entry aku tiga hari lepas, kemain aku dapat phone call dari seluruh Malaysia, utara selatan timur barat semua untuk bertanyakan perkembangan terbaru hidup aku. Jangan risau kawan, hidup aku macam biasa, yang berkembang cuma badan aku -.-"

Aku tahu, kawan kawan aku cukup concern terhadap apa apa pun yang berlaku dalam hidup aku. Sumpah aku appreciate. Tak ada kawan yang macam korang. Well, you know who you guys are kan? Terima kasih.

Aku bukan nak jadi manusia degil, serious bukan.

Okay, tadi aku dapat statement dari seorang member nie, "You're important to them. Not your happiness" Dan aku selaku manusia lembap dalam mencerna ayat seriously terasa tertekan dengan ayat yang dia bagi. Oh, so my happiness is not as important as I am? So, its okay if I'm not happy as long as I am safe from being cheated on, used, and all? Seriously?

Aku tak cakap aku sanggup ditipu asalkan aku bahagia. Soalan aku sekarang, aku sedang ditipu ke?

Soalan tu biar insan yang berkenaan je jawab. Kalau aku fikir pasal jawapan kepada soalan tu, mungkin aku kena ambil MC setahun. Tak pepasal jek. Kan?

Sekarang aku terfikir, penting sangat ke kebahagiaan aku?

Kemudian aku terfikir lagi, sejauh mana aku akan pergi?

Dan aku terus berfikir dan berfikir. 

Banyak sangat benda aku fikir. Benda yang tak perlu pun kadang kadang. Aku bukanlah pemikir yang bagus pun. Tak menyelesaikan masalah negara pun. Masalah sendiri pun tak selesai. Dengan berfikir terlalu banyak, tak membantu hidup aku pun. Tapi tu lah, aku tetap jugak berfikir.

Sama.

Walaupun aku tak perlukan dia. Ada dia, tak ada dia, aku tetap akan hidup macam biasa atas muka bumi yang semakin cacamerba nie. Tapi, aku mahu dia.

Nanny McPhee pernah cakap, "When you need me, but you don't want me, I'll stay. But when you want me, but you don't need me, I'll go"

Apa kena mengena? One day, dia akan pergi kepada orang yang lebih memerlukan. In the previous entry pun aku cakap benda yang sama. But, for the time being, please stay. Please? Please let me be with him. Please? Please gimme chance to feel the love. Please?

I might be addicted. I might be pathetic. Ah, kata kawan kan? You guys must know me very well already, aren't you? Korang kata aku kuat, korang kata aku boleh buat. So, this shouldn't be a big problem too later kan? Pasrahnya aku. Patheticnya. Loser gila!

This time. I won't cry. I promise. I am taking the risk. I might break it. But please, lemme try.

Kenapa entah entry nie aku rasa sayu. Sebab aku rasa macam semua orang menentang aku. Yes. Aku yakin semua orang tak setuju. Tak ada orang yang setuju dengan tindakan aku. Dan kali nie, entah kenapa, aku menentang arus pendapat semua orang. Selfish kan?

Sebab tu aku cakap, apa pun jadi, aku akan tanggung. Sendiri.

Dah. Aku hargai nasihat korang. Aku ambil kira setiap nasihat. Semua masuk dalam kepala tak keluar keluar. Semua aku simpan dalam hati dengan cop urgent. Aku mintak maaf. Aku bukan arrogant. Bagi aku satu peluang lagi untuk percaya pada kata hati. Walaupun mungkin kata hati aku menipu untuk yang kesekian kali.

Malam realiti. Aku mahu terus bermimpi.

Kenapa realiti tak seindah mimpi?


Tuesday, April 24, 2012

Perkara 20: Perangai entah apa apa perempuan yang lelaki perlu faham #random

Salam. Kembali aktif menulis? Naaaa. Ini entry lama yang aku baru nak post. Nie salah satu perangai lahanat jugak. Jenis kepam entry sampai berkulat, baru nak post. Hewhewhew.

Ini adalah some of perangai perempuan yang aku rasa selalu bawak masalah dalam relationship. Seriously. Kalau bukan perangai engkorang engkorang, maknanya ini adalah perangai aku seorang. Tapi sumpah, kalau dalam 20 nie tak ada perangai engkorang, aku rasa engkau kena check balik, betul ke tidak engkau nie perempuan? 

Nah tengok sikit. Nie baru pendapat sendiri, belum aku buat survey. Kalau buat survey macam selalu, mau seratus aku list nie. Kan? Tak payah nak buat muka tak bersalah la cik kak sekalian alam. 

We are cute like babies ;p
1. Perempuan akan merajuk anytime anywhere suka hati dia.

2. Terlalu sensitif dengan benda benda kecik yang kau rasa macam, "Eh, takkan pasal nie pun nak merajuk?" A'ah. Dia merajuk pasal benda tu!

3. Bila dia suka something, dia nak beli tapi teragak agak, the boyfie kena sokong suruh dia beli, sebab dia akan main acah acah nak beli ke taknak, bla bla bla.

4. Menangkan aje kalau time bertekak tu. Later dia akan reflect dan mintak maaf.

5. Perempuan suka surprise. Bunyi cliche tapi memang perempuan suka surprise.

6. Akan dengar cakap boyfie kalau boyfie tegas. When it become otherwise, be prepared.

7. Mudah rasa tersentuh dengan keprihatinan lelaki. Even by doing some simple things, you can surely win her hearts.

8. Dia nak kau msg dia dulu. Dia nak kau cari dia dulu dan bukannya dia yang mulakan.

9. Effort. Dia nak tengok effort kau untuk bersama dia.

10. Perempuan mudah tertipu dengan mulut manis lelaki. Like seriously.

11. Acting tough tapi lembut hati macam kapas.

12. Manja. Kasar mana pun seorang perempuan tu, dia ada perangai manja dalam diri.

13. Alert dengan setiap perubahan yang melibatkan orang yang dia sayang.

14. Tak suka bila diabaikan. Tak suka bila bbm, msg tak dibalas or balas lambat.

15. Pandai berlakon. Cuba untuk tak tunjukkan apa yang ada dalam hati walaupun sebenarnya dia tengah menanggung kesakitan.

16. Apa yang dia tak luahkan secara direct, cuba kau cari dekat blog, twitter or status FB. Confirm ada. So, nampak mcm kau concern lah jugak.

17. BF dia kena jadi BF kuasa dua. BoyFriend dan BestFriend.

18. Ego. Ego lelaki memang tinggi, tapi ego perempuan nie, kau layankan aje. Sebab dia saja ja bajet macam ego padahal tak pun.

19. Suka bila orang ambil berat pasal dia. Ingat tarikh birthday, wish good luck for exam. yda yda yda.

20. Buatlah apa pun, cakaplah apa pun, in the end, dia akan buat sukahati dia. 

End.

Basically, ini cuma pendapat aku. Iyelah. Pendapat manusia muka tenuk. *nampak sangat butthurt dengan komen orang* Memang butthurt lah bangang, dia kata muka aku macam tenuk. Dapat ke aku orang tu, pergh, memang aku hantar dia jumpa Adam Adli. Tengok mana lagi tenuk. Hehehek.

Dah lah. Nak mandi. Nak kawen study. Sobs.

Tenuk tenuk pun ada orang sayang. Apadahal?



Friday, March 23, 2012

20 hari berlalu.

Salam!

Pertama tama sekali, aku tak tahu wajar atau tak mintak maaf sebab tak update blog nie. Tapi, apa salahnya mintak maaf walaupun macam taklah perlu sangat pun mintak maaf. So, mintak maaf nah sebab dah lama abaikan blog dan followers yang berapa kerat sahaja nie. HAHA. 

Kedua dua kalinya, aku dah tak tahu nak update apa. Tiada cerita. Ehem. HAHA lagi sekali.

Okay okay. Jum kita buat perbincangan sedikit. Semenjak dua menjak yang aku bercinta nie, aku tersedar beberapa perangai perempuan yang sumpah annoying taktau nak cerita. Siapa tak setuju, sila tekan pangkah kat atas. #okbai

Perangai satu! - Mengadanya sumpah kalah budak umur lima tahun tak dapat susu sehari. Astaghfirullahalazim. Bala sungguh lelaki yang dapat perempuan kerjanya nak tarik muncung itik lima minit sekali nie. 

Perangai dua! - Kerjanya nak cari salah si boyfriend aje. Dia sedar pun itu salah dia kekadang tapi nak jugak dia letakkan salah tu kat en boyfie. Annoying tahap moksya kan peremps yang macam nie?

Perangai tiga! - Dia suruh boyf tegur kalau dia buat benda tak kena, buat salah, tapi bila dah tegur tarik muka macam tengah lawan tarik tali. MasyaAllah, masamnya macam yogurt. Tak sedap!

Perangai empat! - Pantang boyf tersalah cakap sikit, mengamuk. Boyf terjeling perempuan lalu, emo macam baru lepas cerai. Eh, yang diri sendiri buat boyf terasa taknak fikir pulak? Diri sendiri pandang lelaki handsome mata tak berkelip tak korek bijik mata sendiri pulak?

Perangai lima! - Pantang bergaduh, mulalah nak bagi ayat sadis. Mulalah nak suruh boyf cari perempuan yang lagi baik, cantik, yda yda yda. Eh, kalau dia nak cari, dah lama dia cari lah! Bila boyf cari betul betul, pandai pulak kau meraung macam mati laki?

Perangai enam! - Bila boyf balas msg lambat sikit, dah mulalah fikir boyf ada peremps lain lah, boyf dah tak sayang lah, apa lah. Bila diri sendiri lambat balas, pandai pulak marah boyf cakap tak faham yang kau sibuk itu ini.

Perangai tujuh! - Baca balik dari satu sampai enam, lepas tu terasa sorang sorang. Tapi, besok ulang jugak buat benda yang sama dari nombor satu sampai enam tu. Kan?

Apa yang aku tulis adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan pandangan peribadi. Sesiapa yang terasa selain diri aku sendiri tu, mohon mahaplah ye? Tapi kalau dah terasa tu, harapnya janganlah terasa aje. Sama samalah kita cuba untuk berubah dan menjadi yang lebih baik :)

Nanti kalau rajin, aku update lagi ye? Bye lovelies ;p

Bercakap dengan cermin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...