Followers

Tuesday, March 26, 2013

Berlagu.

Sendu tangisan aku.
Cuma aku yang faham.
Dalamnya.

Sendu tangisan aku.
Berlagu.
Liriknya kau cipta indah.

Tangisan aku.
Perlahan membasuh emosi.
Mencuci hitam perasaan ini.

Tangisan aku.
Bukan menagih simpati.
Aku mahu didengari.

Aku.
Sendiri mencari rezeki.
Bukan jual diri untuk nasi.

Aku.
Masih mampu berdiri.
Tersenyum dalam sendu.

Semoga jerih payah aku juga kau hargai. Semoga apa yang aku lakukan kau sedari. Ini semua bukan cuma untuk diri sendiri.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...