Pergh pergh. Gua ada cita cita untuk update blog malam nie. Sila tepuk tangan. *clap clap*
Sebenarnya, gua dalam mood jiwang jiwang nie. Walaupun hati tak berbunga, tapi taman tu tetap ada. Eh! Mulalah merapu gua nie. Berbalik kepada topik yang gua nak bincang hari nie, romantika. Ini bukan nama band dari seberang. Eh, kau senyum senyum kenapa? Dah terbayang muka ayu awek kau? Dah terbayang muka jambu pakwe kau? Chillax der. Tengok tengok japg gua cerita pasal kereta kebal, nangis kau! Bhahahahaha.
Bila dah ada partner, mesti partner kau demand supaya kau menjadi lebih romantik kan? Tak payah nak kencing gua la, mesti ada yang cakap, "Romantiklah you nie sayang," atau mungkin ada yang cakap, "You nie langsung tak romantik lah b!" Persoalannya di sini, ROMANTIK tu gapo dio?
Gua Google jugak maksud romantik nie tapi hagham gua tak faham. Justeru, seperti biasa, izinkan gua untuk guna definition sendiri. Boleh?
Romantik pada gua adalah satu perkara yang membuatkan dada kau berdebar, senyum kau melebar, muka kau terbakar, perhubungan kau mekar. Ewah.
Boyfriend yang tak ada di mana mana. |
Perbuatan dan percakapan. Dua cara untuk kau tunjukkan sifat romantik kau. Kau nak romantik nie kena ikut keadaan dan kesesuaian jugak. Ada orang dia jenis tunjuk tapi tak cakap, dan ada orang jenis cakap tapi tak tunjuk. Hah, cemana tu?
Dan tak semestinya lelaki sahaja yang kena jadi romantik. Perempuan pun kena romantik jugak. Tak adalah one-way sangat relationship korang. Untuk yang masih mengalami kekeliruan identiti, roger aku. Kita serupa. Hikhik.
Selalunya.
Romantik itu bila kau; propose dia sambil melutut and ada orang main musik as background song, bawak dia pergi candle light dinner, belikan dia bunga ros sedozen, buatkan kad comel with sweet sentences, cium mata dia every morning, sediakan breakfast in bed tibatiba, main piano lagu favourite dia, call him/her randomly just to say hi, dll.
Cliche.
Bagi aku,
Romantik itu sebenarnya bila kau buat dia rasa disayangi. Tak kisah la apa pun yang kau buat. Mungkin dengan belikan dia jersey emyu walaupun kau menyampah gila dengan emyu.
Romantik itu bila kau buat dia rasa lebih berharga. Kibas kibas asap rokok bagi tak sampai kat dia, atau ubahkan tempat duduk dia supaya tak kena asap rokok.
Romantik itu bila kau dan dia sama sama diam, berbaring atas rumput sambil pandang bintang sama sama. Tetap romantik walau tak ada bicara atau raba raba. Kan?
Ewah. Sekadar pendapat. Apa apa pun, romantik itu perlu bagi setiap pasangan. Kan?
Romantik tu apa?
2 comments:
lagi romantik kalau tak hisap rokok...
hahaha. kalau semua lelaki fikir macam awak kan senang ;)
Post a Comment